Cari Blog Ini

Sabtu, 24 April 2010

Catatan 24.04.2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Agaknya sudah lama benar aku tidak mencoretkan kata-kata dalam blog ini. Kesibukkan menjalani ibadah sebagai hamba Allah ini serba sedikit membuat aku kurang aktif dalam bidang penulisan sekarang. Isunya banyak. Tapi mungkin curahan ideanya tidak berkembang selaras dengan kemahuan seorang pendidik.

Mungkin aku terlalu sibuk dengan persiapan menghadapi UPSR tahun ni. Tugas yang aku galas iaitu menjadi guru subjek tahun 6 untuk matapelajaran Sains menyebabkan aku terasa seolah-olah berhadap dengan suatu kesusahan. Bayangkan, dari sejak balik cuti pertengahan semester yang lepas iaitu 20 Mac 2010, aku belum pernah lagi keluar untuk mendapatkan gaji atau bertelefon dengan keluarga yang tercinta. Masuk minggu 5 dah aku tak dengar suara ibunda dan ayahanda. 5 minggu juga aku telah berjauhan dengan isteri yang tercinta. Hanya tulisan di Internet menjadi penghubung cinta. Kalau sebelum ini, aku akan ke kilang untuk menelefon semuanya. Tapi, mengenangkan jarak perjalanan yang begitu jauh, aku terus 'membatukan diri' duduk di kampung dan terus mengajar dan berharap agar aku terus diberi kekuatan terus untuk mendidik.

5 minggu bukan masa yang panjang berbanding dengan masa yang telah kita lalui bersama keluarga yang tercinta. Kerinduan yang ada pada 5 minggu itu membuat segala kenangan manis bersama itu muncul kembali. Ada terasanya niat di hati untuk pulang. Tetapi, awal- awal lagi dah kena 'sound' dengan hamba Allah.. "Cuti kau dah habis.." Aku periksa dan kira kembali, aku cuma gunakan cuti CRK cuma 1 hari. Bagaimana pula cuti boleh habis? Pelik bin Hairan.

Minggu lepas, aku dibelenggu rasa rindu yang tidak terkira pada keluarga. Sehinggakan terlantar di atas katil..demam.. Hakikatnya..itulah rindu. Isteri aku beri mesej mengatakan untuk suruh aku pulang ke Kuching. aku berkeras tidak mahu balik. Aku katakan padanya, " Kalau abang mati, jangan tuntut mayat abang di sini. Biar abang mati dan dikuburkan sekali di sini. Pokonya..cuti abang dah habis..Jadi sampai mati pun tak boleh balik.."

Begitulah cerita kali ini. Sehingga ke saat ini, aku belum lagi menikmati gaji bulan Mac dan April. Dan aku berterima kasih kepada Allah s.w.t.. kerana tanpaNya sudah pasti aku dah jadi bukan aku kalau dah jadi sebegini. S.A.B.A.R..

p/s: Minggu depan isteri aku balik Kuching..=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...