Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bukan menghentam, tapi memuji perangai manusia yang kian biadap dan tidak ada sedikitpun perasaan hormat menghormati di antara satu sama lain. Yang senior, ego dengan senioritinya. Yang junior sombong dengan kelebihannya. Alahi.. andainya aku sekarang ini, tidak mahu hendak menjaga hati orang, semua dah aku tembak sorang-sorang. Tapi, ibunda selalu berpesan. Jangan bercakap kasar dengan orang. Merendahlah diri. Jangan salah guna silat.. terus masti niat nak marah..
Kalau di Kuching, mungkin aku dah pergi belakang rumah. Pergi carik batu-batu sungai atau atap-atap genting untuk dipecahkan. Bukan dengan menghentak di atas lantai, hentak guna tanganla jawapnya. Begitu cara aku meredhakan marah. Darah muda kata orang. Ikutkan hati, nak saja aku hempuk kepala orang yang bodoh macam dia tu. Tak ada budi bahasa langsung. Kalau tak ada budi, jawapnya kurang ajarlah. Ya.. kurang ajar. Tak pandai nak mintak betul-betul. Masuk-masuk terus menegak hak. Aku diam bukan tandanya mengalah. Anak melayu, anak Gayong pantang menyerah kalah. Berani mencabar, tanggunglah akibatnya.
Kalau di sini, papan kekunci di laptop inilah yang menjadi mangsa luahan hati. Bukan tidak mahu menegang urat. Kita hendak bekerja lama dengan orang. Ada masanya, kita merendah diri.. jangan dipijak nanti luka. Ikut resmi lalang. Ditiup kiri, kirilah. Kanan, kananlah. Kalau salah pijak, pasti berdarah. Kalau berani cubalah. Jangan hanya menguji dengan kata-kata. Uji dengan kekuatan.
Anak Gayong pantang dicabar. Kalau berani masuklah. Menang kalah lain cerita. Itu sudah takdir Yang Esa. Pantang mengalah anak melayu. Langkah masuk, penangan keluar.
Hari ini, 13 Mei 2010… Sejarah berlaku pada 13 Mei. Peristiwa yang semakin dilupai oleh rakyat Malaysia. Semakin dilupai, semakin ampuhlah tembok perbezaan etnik dan kebudayaan. Mungkin inilah yang diharapkan oleh Datuk Seri Mohd Najib dengan sarananan beliau, “1 Malaysia”. Budaya bangsa berbilang kaum. Menjadi aspirasi, Negara membangun. Semoga dengan ini, Negara kita semakin terus bertambah makmur.
Ramai sekali guru-guru silat merungut sekarang. Anak muda semakin berminat dengan kebudayaan bangsa. Sedang Negara kita berbangga dengan budaya bangsa, guru-guru tua semakin risau ilmu-ilmu budaya semakin tidak mendapat sambutan. Remaja seringkali mengambil keputusan untuk tidak mengikuti dan bersama-sama dalam mengekalkan budaya bangsa. Ramai sekali remaja terjebak dengan masalah sosial seperti merempit, bohsia, bohjan… isu pengambilan dadah. Remaja sekarang sebenarnya terlalu memikirkan keseronokkan. Sehinggakan terlupa akan keamanan yang telah dikecapi sekalian lama. Sedang kita berseronok sana sini, bangsa kita sebenarnya semakin hari semakin mundur. Kerana keseronokkan sebegitu menyebabkan muda-mudi kehilangan masa yang berharga untuk menigkatkan lagi ilmu pengetahuan. Apa gunanya jika seorang dua sahaja yang dapat cemerlang dalam SPM. Atau ratusan sahaja. Kerana, bilangan yang menduduki SPM bukan nya ribuan, malahan puluh ribuan. Di mana letaknya maruah kita, kerana remaja inilah yang seringkali kita kaitkan dengan pemimpin di masa hadapan. Kalau sudah pemimpin di masa hadapan sudah rosak, sudah pasti Negara akan rosak pada suatu hari nanti.
Bermula episod keruntuhan akhlak remaja sekarang ini. Zaman jahiliyah pada sebelum kedatangan Islam ke tanah arab. Bayi-bayi dibuang, ditanam,dibunuh. Sekarang lebih dahsyat. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, pastinya bayi ini dibuang kerana malu dengan masyarakat. Sedangkan masyarakat arab jahiliyah hanya membuang bayi perempuan, masyarakat kita pula, dua-dua. Lebih kejam dari binatang. Perbuatan membuang bayi ini kadang-kadang membuat aku rasa hendak memberontak.
Sekadar coretan…
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan