Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Para pembaca yang budiman.. Terutamanya isteriku yang menjadi pengunjung yang setia blog aku.. Mencari redha dan rahmat Allah adalah menjadi kewajiban kita semua. Kewajiban yang tidak boleh disangkalkan. Redha dan rahmat Allah berada di mana-mana. Di kala hujan turun, ianya membawa rahmat dan perkhabaran gembira bagi makhluk Allah. Di kala panas terik, ianya membawa kasih sayang Allah yang tidak bertepi kepada manusia. Dalam kasih sayang seorang insan bernama ibu.. rahmat kasih Allah mencurah-curah kepada insan bernama anak. Dalam kasih sayang seorang suami, terdapat redha Allah dan syurga ke atas sang isteri.
Sehinggakan setiap satu amal kebajikan dan kebaikan manusia terdapat rahmat Allah dan kasih sayangNya pada pekerjaan itu. Guru yang mengajar anak-anak murid dengan kasih sayang merupakan satu rahmat. Seorang penyelia asrama menyediakan senarai makanan untuk murid-murid sekolah merupakan rahmat. Bahkan melakukan pekerjaan yang halal merupakan rahmat pada Allah.
Seorang Guru Besar merupakan ketua kepada semua guru-guru dan juga staf-stafnya. Menjadi seorang pemimpin yang memberi tauladan yang baik kepada staf juga merupakan salah satu cara mendapat rahmat Allah ke atas pekerjaan ini. Menjaga kebajikan staf merupakan salah satu tugasan kepada seorang Guru Besar. Seorang guru besar dipertanggungjawab ke atas tugas memimpin sekolah, bukannya sekadar menjadi pemerhati dan pengkritik, malahan guru besar patut turun padang sama-sama menggalas tugas memajukan sekolah.
Rahmat dan redha Allah merupakan skop perbincangan yang luas. Tapi, amatlah diingatkan. Aku adalah seorang guru dan seorang guru akan seringkali membincangkan skop tugasannya. Seorang doctor pula akan seringkali mengaitkan blognys dengan kaedah perubatan. Begitu juga dengan pekerjaan yang lain. Harap maklum..
Aku ingin berkongsi serba sedikit doa harian yang aku amalkan dalam solat. Walaupun aku tidak fasih berbahasa arab, berdoa dalam bahasa Malaysia jugalah memadai bagi aku. Kerana aku yakin Allah yakni tuhan kita memahami bahasa-bahasa hati setiap manusia. Doanya berbentuk begini;
“ Ya- Allah.. Tuhanku.. Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung.. Tuhan yang mencintai orang yang mencintai keindahan.. Tuhan yang memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya, Tuhan yang menghina sesiapa yang dikehendakiNya, Tuhan yang memiliki hati setiap manusia.. Bersihkanlah hatiku dari kegelapan dosa, Hiasilah budi pekertiku dengan sifat mahmudah, pagarkan IMANku dengan akal yang sihat. Kurniakan aku sedikit rasa kecintaan kepadaMu, agar aku bisa beribadat dengan kekhusyukkan dan cinta yang mendalam.. Anugerahkanlah rasa takutkan Mu.. Agar hatiku, jasadku, ruhku terus mentaati Mu setiap masa. Luruskanlah hatiku.. Luruskan pengamalan agamaku.. Agar tidak terpesong akidahku.. Dan ampunilah dosa-dosaku.. sama ada kesalahan yang aku sengaja lakukan atau tidak aku sengajakan. Ampunilah dosa kedua ibu bapaku, isteriku, saudara-saudaraku, mereka yang mengenaliku, meraka yang selalu menfitnahku,mencaciku, menghinaku dan sekalian umat islam..”
Diturut rasa hati, pasti hendak sahaja aku lari dari tugas dan amanah yang aku pikul. Terasa berat bebanan yang aku pikul di bahuku. Namun, ku tabahkan hati. Semoga dengan ketabahan ini, aku beroleh rahmat dan juga beroleh keredhaan Allah. Kerana redha Allah juga yang akan menyelamatkan aku diakhirat kelak.
Mereka hanya boleh berkata, tapi bolehkah meraka merasai apa yang aku rasakan. Mereka mengatakan bahawa aku sentiasa berfikiran negatif. Tapi, bolehkah mereka menyelami hakikat sebenar tentang kehidupan? Mereka hanya menjadi tugas ini sebagai satu kegembiraan, tetapi hakikatnya, tugas ini bukanlah sesuatu yang menggembirakan dan boleh dipersendakan. Tugas seorang guru merupakan satu tugas yang mulia. Bukannya masuk kelas, bercakap tak sampai 10 minit, dan sekadar memberi latihan yang berpanjangan. Petangnya, setelah selesai dengan rutin harian, berehat di rumah dan juga bermain dan bergurau senda pada malamnya. Tugas ini bukan tugas yang boleh dipandang sebagai enteng dan boleh sekadar ‘cuci kaki’ semata-mata. Tapi tugasan ini memerlukan kemahiran untuk mendapatkan perhatian daripada murid-murid. Dengan perhatian yang diberikan, barulah dapat mendidik murid-murid. Bayangkan, seorang dipikulkan beban mendidik anak-anak dari setiap keluarga yang ada di Malaysia. Bukankah itu satu tugas yang berat. ?!
Setiap tugas dan pekerjaan mempunyai bebanan nya yang tersendiri. Doktor dengan tugasnya untuk memberi kepakaran dalam memberi khidmat nasihat berkaitan dengan kesihatan. Seorang polis dengan tugasannya menjaga keselamatan orang awam. Tentera dengan menjaga keamanan Negara. Semuanya susah dan tiada yang senang. Hatta jadi penganggur pun susah, kerana hari-hari memikirkan cara mendapatkan pekerjaan.
Minggu-minggu terakhir sebelum cuti pertengahan semester. Cuti yang boleh merehatkan kebanyakkan guru dari tugasan. Tetapi sebenarnya, Cuma satu keresahan yang mendalam kepada guru-guru tahun 6. Tidak dinafikan sekarang sekolah berasaskan pencapaian akademik semata-mata. Semua mengharapkan pencapaian supaya tidak jatuh SPR. Berbeza dengan corak pendidikan zaman dahulu. Yang gagal, tidak hendaklah mengulang sehingga Berjaya. Sekarang, tak payah ambil UPSR pun dah boleh masuk tingkatan 1. Sungguh berbeza corak pendidikan sekarang. Semuanya hendak mencapai sesuatu status. Dan status itu, sudah semestinya diterap dari system pendidikan barat. Bukan hendak mengkritik, tapi memang hakikat. Jadi, tugas seorang guru, kenalah menerapkan aspek kerohanian dalam kelas secara tidak langsung. Bawa anak-anak murid kita megenal Allah Yang Maha Esa. Bagaimana caranya? Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Guru juga merupakan manusia. Punyai hati dan perasaan. Punyai suka duka rindu. Bukannya komitmen hanya pada murid-murid sahaja. Komitmen pada keluarga. Kepada ibu dan bapa bagi guru lelaki yang beriman dan bertakwa, kepada isteri mereka, kepada anak-anak mereka, sosial di sekeliling mereka. Semuanya merupakan komitmen. Aku mempunyai komitmen terhadap bangsaku. Silat merupakan warisan bangsaku. Kalau aku tidak mempertahankannya, siapa lagi hendak mempertahankannya? Aku juga mempunyai komitmen terhadap dakwah agamaku. Siapa lagi kalau bukan kita yang dapat memberi komitmen terhadap urusan ini. Bukannya kita memberi komitmen untuk menambah lagi ‘koleksi isteri’.
Mencari calon isteri juga Rasulullah s.a.w menetapkan syarat. Tujuan baginda menetapkan syarat, supaya manusia tidak terjebak dalam cinta yang merugikan. Kenapa merugikan? Ini kerana, kalau hanya bersama untuk bercerai pada kemudian harinya, boleh mendatangkan kompilasi kepada keluarga dan juga anak-anak. Kita senang buat anak, tetapi bayangkan keadaan yang perlu di lalui oleh anak-anak yang tidak mempunyai keluarga yang harmoni. Sabda rasulullah, “pilihlah wanita atas kecantikkannya, keturunannya, hartanya dan juga agamanya. Sebaik-baik wanita adalah yang kuat agamanya”. Kenapa diletakkan agama sebagai keutamaannya? Sebab manusia beragama lebih tahu melayan suaminya berbanding dengan wanita yang selalu bersolek di depan cermin untuk orang lain, bukan suaminya. Dan juga, kebanyakkan wanita yang Rasulullah nikahi adalah bertujuan melindungi wanita tersebut daripada fitnah dunia. Bukan kerana nafsu, kecantikkan. Contohilah akhlak Rasulullah di sini. Dan kalau baginda mahukan perempuan yang masih dara, baginda mampu melakukannya. Tetapi, baginda mengambil janda sebagai isterinya. Dan ingat, tak pernah pulak aku dengar sirah baginda menyatakan baginda bercinta berkapel dengan anak dara lain. Nauzubillah..
Pernikahan itu adalah mengikat tali siratul rahim antara suami dan isteri. Menghalalkan apa yang haram sebelumnya. Pernikahan yang baik bermula dari pemahaman agama dari suami dan isteri yang baik. Andainya pernikahan itu sekadar bermaksud nak halalkan seks, maka seks sahajalah tujuan pernikahan itu. Tetapi, bila dah ‘puas’, alamatnya si suami ‘makan luar’ la pulak. Sebab tujuan nikah tadi sekadar menghalalkan seks. Punyalah jahat niat tu.
Dah beristeri bermaksud, kita para suami hendaklah mengawal diri daripada melakukan kesilapan yang besar yang boleh membawa kepada penceraian. Isteri mana boleh tahan dengan karenah suami yang tergila-gilakan wanita lain. Perumpaannya seperti memakan daging yang busuk sedangkan terhidang daging yang segar dan menggiurkan di depan mata. Isteri merupakan amanah dari Allah. Jagalah amanah tersebut dengan sebaik-baiknya. Jangan mengadakan hubungan sulit di luar dengan harapan untuk menggembirakan hati. Sedangkan Rasulullah menggembirakan hatinya bergurau bersama-sama isterinya. Dan andainya benar-benar dan bersedia untuk beristeri dua atau lebih, lakukan dengan cara yang baik dan berbudi bahasa. Lamarlah gadis itu. Jangan terus menerus di dalam keadaan menipu isteri. Nikahilah wanita tersebut dengan sebaik-baiknya. Kalau sekadar kapel tu, baik kapel ngan isteri yang sudah dinikahi tu. Topic berbual dengan isteri sudah semestinya banyak. Kerana suami isteri sentiasa berkongsi rahsia masing-masing. Orang yang mencari cinta dari perempuan lain selain daripada isteri mereka adalah lelaki yang tidak pernah merasakan cukup dengan nikmat yang Allah kurniakan padaNya. Macam orang yang tidak bersyukur dan tidak pernah puas dengan apa yang telah Allah berikan.
Menjadikan isteri sebagai landasan mendapat keredhaan Allah juga semestinya. Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “sungguh beruntung seseorang mukmin. Dalam semua pekara boleh mendatangkan pahala. Sehingga menyuapkan makanan ke mulut isteri juga boleh mendatangkan pahala baginya”.
So, muhasabahlah diri anda..jangan biarkan diri anda terus di dalam LEMBAH HINA.
Cari Blog Ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan