Cari Blog Ini

Rabu, 14 September 2011

Coretan hati.. bermonolog..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar iman? Iman mesti ditanya juga khabarnya supaya kita dapat menilai di mana ketakwaan kita kepada Allah sehingga pada detik ini. Sakit tubuh badan boleh diubati dengan ubat-ubatan doktor. Tapi, jika iman sakit, bagaimana pula? Jawapannya, kembali kepada Allah dengan sepenuh-penuh pengembalian (taubat nasuha). Tempelan dosa seumpama seperti karat yang jika tidak dijaga, lama - kelamaan akan merosakkan hati. Jika hati sudah rosak, berlakulah pelbagai penyimpangan yang sepertinya berlaku pada saat ini.

~Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t. Terima kasih Allah kerana telah memberi aku peluang sekali lagi menghirup udara yang segar ini. Sekali lagi episod kehidupan berlangsung. Sekali lagi, kita menjalani rutin harian kita. Adakah kita menunaikan solat sebelum memulakan kehidupan pada hari ini? Solat ini adalah sebagai pengukur kejayaan kita dalam menunaikan perintah Allah.

~Bagi seorang pesilat/pendekar.. Setelah menunaikan ibadah kita kepada Allah, mulai juga dengan sedikit senaman yang boleh meningkatkan prestasi diri. Adakan senaman yang ringan seperti senaman rajawali atau senaman yoi. Jika mengetahui senaman tua, amalkan. Dengan amalan serupa pada setiap pagi, boleh menghasilkan kekuatan dalaman. Kekuatan dalam + ibadah kepada Allah = menjadikan kita sebagai pesilat yang taat kepada Allah.

~Bagi seorang guru, tak kira apa jenis guru, boleh memulakan rutin dengan solat secara jemaah (dengan isteri atau dengan anak-anak buah) dan memperbanyakkan mengaji al-Quran untuk mendapat keberkatan ilmu dari Allah. Dengan membaca al-Quran, mana tahu, Allah ilhamkan dan memudahkan segala bentuk pengajaran yang bakal diajari pada hari ini. Kekuatan iman, kekuatan akhlak dan kecintaan kepada Allah, boleh mengubah masyarakat di sekeliling kita menjadi insan yang mulia. Junjunglah agama dalam setiap perbuatan. Dan jangan sama sekali jadikan agama sebagai perisai untuk melakukan kejahatan!!

~Man jadda wa jadda.. "sesiapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan dapat".. Jika mengingini harta, maka bekerjalah seolah-olah akan hidup 1000 tahun lagi. Jika inginkan akhirat, maka beribadahlah seolah-olah esok kita akan mati. Jadilah muslim yang sentiasa beristiqamah. Insya Allah.

~Latihan hanya seminggu 2 kali. Turunlah latihan sebagai persediaan menanti hari mendatang yang kita tidak ketahui dari mana datangnya. 2 hari bukan 24jam sepenuhnya. 2 hari dalam 3 jam baru 6jam dari 48 jam(2 hari) tidaklah terus menjadi asbab untuk gagal dalam UPSR,PMR atau SPM. Aku dah 20 tahun bersukan, dan sekarang sudah boleh dikatakan berjaya (dalam erti berjaya akan kehidupan dunia sahaja). Apa alasan lagi untuk anda semua ? semuanya bergantung pada diri sendiri. sebab itu aku katakan, man jadda, wa jadda. Tambah lagi, "hendak seribu daya, tak hendak sejuta dalih."

~Tepuk dada, tanya iman.. Iman diselimuti penyakit MALASlah menyebabkan semuanya tak jadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...