Cari Blog Ini

Selasa, 17 Januari 2012

17 Januari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua. Mencoretkan kata-kata sebagai diari/catatan kehidupan aku sebagai seorang guru. Kalau berminat nak baca, bacalah. Tak berminat, sila keluar dan layarilah blog/website kegemaran anda sekalian. Jangan menambah kebencian kepada aku bila membaca coretan ini. Coretan ini hanya untuk mereka yang lain yang ingin membaca sahaja.

~17 Januari 2012. Aku di Kuching sekarang sampai esok (18 Januari 2012) sebab ada mesyuarat berkaitan Guru Interim Sekolah Menengah. Tak seronok seperti biasa, kerana ayahanda dan ibunda berada di Miri sekarang menjaga "Pendekar Khalid". Minggu ini, insya Allah, Jumaat, akan drive ke Kuching lagi untuk menghantar kedua-duanya. So, sekarang, rumah sunyi sahaja...

~Hmmm.. Masalah datang dan masalah pasti kembali. Begitulah silih berganti. Selagi kita hidup, pastinya kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Baik ujian berat, mahupun ringan. Mohon Allah dapat mengurniakan kesabaran setanding dengan ujian yang melanda. Insya Allah, pasti ada jalannya jika kita berusaha.

~Memikirkan bagaimana hendak menguruskan Silat Seni Gayong Malaysia setelah ditinggalkan hampir setahun disebabkan untuk mengurangkan konterversi. Pokok sudah goyah di sana. Bila-bila akan tumbang. Apatah lagi kita yang pucuk muda ini. PAsti akan terasa juga dengan kerebahan pokok utama. Tapi, masih lagi ada jalan untuk kita jika berusaha.

'~Laman web jarang di update. Sebab orang lebih suka menggunakan medium "Muka Buku" kerana boleh menjadi alasan untuk bermuka-muka dalam muka buku. Boleh juga dijadikan alasan bekerja. tapi, tak mengapa. Tak perlu susah-susahkan diri. Buat saja apa yang termampu. Insya Allah, pasti bermakna.

~Pernahkah kita mendengar orang mengaku diri alim ulama? Kalau ada yang mengaku diri alim-ulama, maka orang itu dalam kategori sesat dan angkuh. Kebanyakan alim-ulama bukan jawatan disandang secara bertulis mahupun diangkat oleh umara (pemerintah), tetapi gelaran alim-ulama diberi oleh manusia disekeliling sebagai tanda penghormatan kepada ulama tersebut kerana ilmunya tinggi. Kalau dah ada yang bagi gelaran itu, secara tidak langsungnya, itu penghormatan kepada anda walaupun niat asalnya untuk menyindir. Dalam sedar tak sedar, ada sekelumit di dalam hatinya mengaku ketokohan anda dalam cabangan agama Islam.

~Dalam benak fikiran aku sekarang adalah bagaimana aku hendak mendidik anakanda aku untuk menjadi seorang tokoh dalam bidang agama Islam. Aku ingin mendidik dia menjadi seorang ustaz dan juga menjadi seorang pembela agama dan bangsa. Salah satu cara yang aku pelajari dari seorang yang amat aku kagumi, adalah mengekalkan jatidiri dalam dirinya seperti menggunakan bahasa Melanau sebagai bahasa rasmi dalam keluarga aku. Sekurang-kurangnya, Khalid tahu bahawa asal usulnya adalah seorang Melanau yang di Melayukan. Dengan ini, maka kukuhlah pegangan jati dirinya.

~Kedua, aku bermohon kepada Allah agar Khalid boleh menghafaz al-Quran sejak dari umur 3 tahun lagi. Usahanya, dengan memujuknya seperti jika hendakkan sesuatu, hafaz surah ini. Setidak-tidaknya, Khalid boleh menghufaz al-Quran secara tidak langsung. kalau orang kata, hafal semata-mata nak dapatkan dunia, maka anda tersilap dalam berkata-kata. Ingat sabda Nabi s.a.w? "Anak-anak seumpama kain putih. terpualnglah kepada ibu dan bapanya mencoraknya. .." Maka, coraklah kehidupan anak dengan berlandaskan hukum agama agar boleh dipergunakan pada usia balighnya.

~Setidak-tidaknya, usahakan aku yang lain adalah menghantar Khalid ke sekolah Tahfiz supaya Khalid boleh menumpukan bacaan yang betul, dengan tajwid yang betul. Insya Allah.. itu cita-cita aku. Aku buat seperti untuk masa di akhirat kelak. Sekurang-kurangnya Khalid berilmu agama dan sentiasa mendoakan aku dan isteri di dalam kubur kelak. Insya Allah.

~Kita hanya merancang, dan sebaik-baik penentunya adalah Allah jua. Apa yang baik itu kita kongsikan. Yang jahat dijadikan sempadan dan dijadikan pedoman agar tidak kita ulangi kesilapan yang sama.

~Jangan sentiasa memandang orang lain dengan pandangan negatif. BEgitu jugalah pandangan orang pada kita kelak. Sentiasa berfikiran terbuka dalam segala hal. Sesungguhnya, aku hanya manusia biasa yang lemah lagi hina. Dan kita sama-sama dijadikan daripada 'air mani' jua. Dan kau bukannya anak yang dilahirkan di langit.. Sama jer... =)

~Akhir kalam.. semoga kita sentiasa tunduk ke bumi sebagai tanda kita HANYALAH INSAN YANG LEMAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...