Khalid duduk bersendirian di atas sejadah itu.. Membaca wirid yang diajar datuknya, Panglima Samad Selendeng Merah. Dalam keresahan dan dibelenggu perasaan amarah yang tiada berpenghujungya. Makin tinggi ingatannya, semakin tinggi juga wirid dilafazkannya... Khalid bermonolog..
~Sukarnya menjaga perasaan itu. Bagaimana hendak bertahan jika terus diasak dengan permainan politik dalaman yang berterusan. Sukarnya menjaga hati ini. Had-had itu telah dibatasi. Maka anda telah terlibat dengan satu pekara yang ingin dihindari aku sekian lama.
Peluh menitis di dahi. Tangan dah berair. Kaki dah sejuk. Telinga dah hangat. Sedangkan di sana, sudah terjadi peristiwa yang berkaitan dengan DISPLIN. 'Merebahkan pegawai atasan' dengan satu penumbuk padu. Patah hidungnya dikerjakan. Nah, rasakan 'sepukal emas' yang aku simpan untuk hari ini. Seminggu di hospital lantaran 'sepukal emas' aku dengan sedikit "penampol". Baru sedikit, dah kebiruan bagaikan nyawa dihujung badan. Begitulah akibatnya menginjak kesabaran aku. Bukan calang-calang pendekar diajak bertarung. Cucu Panglima Hitam juga dicabar. Akhirnya, rebah tetapi atas dasar cintakan Islam, diberinya juga penawar kepada si pencabar. Diminum dan akhirnya dihantar ke hospital. Genap seminggu, datanglah si pencabar memohon maaf dan diberikan penawar sekali lagi. tumbukan itu bukan tidak berisi, tapi penuh dengan Isim Budu.
~Jauh disudut hatinya, hendak juga diberi penampar Rajawali kepada 'keldai' itu. Tapi, mengenang janjinya kepada ibu dan ayahnya, maka Khalid mematikan niatnya. Apa gunanya menjadi guru silat, tapi membuat onar dengan ilmu Allah..
Khalid menelusuri hidupnya sebelum menginjak zaman dewasa..
Digelar "Khalid Besi" kerana kakinya yang begitu keras sehingga boleh mematahkan tulang kering kaki musuhnya. Masakan tidak, datuknya seorang pendekar pada zamannya. Datuknya digelar Panglima Hitam yang terkenal kerana keberaniannya mengempur kubu komunis berseorangan tanpa ditemani sesiapapun kecuali Allah jua. Keberaniannya secara tidak langusng diwarisi oleh Khalid.
Keberanian Khalid bukan nya omongan kosong, tetapi 5 kali diberi penghargaan oleh pihak Polis. 5 kali Khalid menangkap perompak. Pernah juga Khalid bekerja sebagai pengawal kelab malam dan juga sebagai penarik kereta. Semuanya kerana merasakan terlalu kuat dan gagah. Khalid, segagah nama sahabat Rasulullah, meninggalkan zaman ‘kuat dan gagah’ kerena satu pekara.. takutkan azab kubur..
Tetapi, kesabaran Khalid dicabar oleh segelintir manusia yang tidak mengenalinya. Dilontarkan caci-maki, fitnah dan segala kepalsuan semata-mata ingin menyakitkan hatinya. Dilemparkan segala kata-kata kesat kerana cemburukan Khalid. Kalau berdepan, pijak semut pun tak mati. Dibelakang Khalid, bagaikan hendak runtuh gunung diseranahnya Khalid. Dijajanya pelbagai cerita yang boleh menjatuhkan maruah Khalid. Tetapi, Khalid masih bersabar.
Kesabaran Khalid tergugat juga seketika. Kadang-kala, hendak dilepaskan kemarahannya. Tetapi, dihalang oleh sesuatu yang lebih agung daripada melepaskan kemarahan tersebut. Sesuatu yang lebih agung berbanding dengan nafsu amarahnya.
Suasana di dalam bilik agak hening.. Terdengar suara yang mengalunkan wirid yang memecahkan kebuntuan. Akhirnya Khalid pasrah. Bagaimana hendak mengajar manusia yang berperangai macam keldai, sedangkan keldai itu sebenarnya haiwan semata-mata. Dah keldai.. keldailah juga.. Akhirnya, Khalid tersenyum. Perasaan berkecamuk semakin reda. Dia bermonolog, “ Bagaimana pendekar hendak mengajar keldai? Sedangkan Allah jua sebaik-baik pengajar..”
Moral cerpen ini, bersabarlah kerana sabar adalah pahit untuk dilakukan, manis sebagai balasan.. Bukan balasan dunia, balasan akhirat jua..
*Cerita ini, tak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati..”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan