Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Syabas kepada pasukan PPD Baram kerana telah berjaya mengharungi audit ISO semalam. Alhamdulillah kerana semuanya telah berjaya ditempuhi. Setiap teguran pasti akan menguatkan lagi kekuatan ilmiah kita dalam bekerja. Semoga terus akan sukses.
~Dalam kesibukkan kita meneruskan kehidupan seharian, pasti ada yang akan menduga. Alhamdulillah, kalau kita biarkan suara-suara sumbang itu terus berkumandang, pastinya akan penat dan lelah juga. Biarkannya terus berbunyi. Allah lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
~Aih.. banyak yang terasa dengan blog aku ni. Apalah sangat dengan titipan yang 'paloi' ini. Tiada menyebut atau menyentuh mana-mana pihak sekali pun. Bahkan, langsung aku tidak pernah menyebut keperibadian secara details. Adoyai.. ada jugak lah manusia yang pandai-pandai melebihi yang sepatutnya. Aku tak melatah, orang lain terasalah sangat. Walau apa pun, maaflah.. blog ini tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Hanya sekadar luahan hati, dan panduan kepada orang yang ingin mendapat manfaat dari nasihat-nasihat.
~Kerja oh kerja.. memanglah tersangat banyak.. Dengan kerja sekolahnya,... dengan auditnya.. Semua hendakkan cepat. Sebab apa, sebab kita yang sengaja melewat-lewatkan kerja yang boleh disiapkan cepat. Lama-lama, jadilah kerja yang menimbun. Lepas itu, kita akan mengeluh banyak kerja, walhal, kerja yang ditangguh-tangguh itulah punca menimbun-nimbunnya kerja. Allah s.w.t membahagikan kita MASA, dan jua bersumpah dengan MASA. " DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU KERUGIAAN." [SURAH AN-ASR AYAT 1-2]. Ya, masa. Belajar lah menggunakan masa.
~Kalau disenaraikan kerja kita, memanglah banyak. Dengan tugas dan tanggungjawab kita lagi sebagai anak, sebagai suami, isteri, bapa, ibu dan sebagainya. Jadi, gunakanlah masa dengan sebaiknya. Bayangkan Sallahuddin Al-Ayubi, seorang pemerintah yang dunia hampir dibawah telapak kakinya, tapi masih sanggup melayan karenah rakyatnya walau sibuk dengan urusan kerajaan. Apa rahsianya? Tiada rahsia melainkan menganggap kerja itu sebagai ibadah yang boleh membantu kita mendapat redha Allah jua.
~Kalau aku nak terangkan kerja aku, dan membentangkan kerja aku dengan semua, pasti semua tak sanggup jadi aku. Apa yang penting, masing-masing buat kerja dengan baik dan siap dengan cemerlang. Semua ada tugasan. Menegur kesalahan itu memang pekara yang benar. tapi, menegur cara yang salah, bikin panas beb! ~Hujung pangkal..kembali kepada Allah.. sabar itu nikmat. Marah itu MALAPETAKA.
~Aku mengagumi peribadi seorang hamba Allah ini. Walaupun sibuk, ibadahnya kepada Allah sentiasa lengkap. Bersama dengannya seolah-olah bersama dengan orang soleh. Syukurlah aku dikaruniakan sahabat yang soleh yang boleh menasihati aku. Caranya, aku boleh terima jika ia memberi teguran. Subhanallah. sahabat aku ini, sentiasa untuk bangun malam untuk solat tahajud walaupun dalam keadaan sakit/demam. Bukan dengar omongan kosong sahaja, namun depan mata kepala aku sendiri. Aku sendiri yang sibuk mengajak orang mengenal Allah lagi, masih tak mampu untuk ISTIQAMAH seperti hamba Allah ini.
~ Kerja memupgrade server sudah, EMIS dah di emel kepada 74 buah sekolah tentang ralat setebal 102 muka surat, fail-fail audit dah disemak dan diatur, program taklimat orientasi dah dilaksanakan, pemantauan e-operasi sudah siap, pemantauan PK01-1 , kepuasan orientasi sudah siap seramai 54 orang, opocot.. banyakklah pulak. Sampai aku terlupa, AMALAN UNTUK MENJEMPUT RAMADHAN DALAM KELUARGA!!
~Ya Allah, betapanya lalai kita sehingga terlupa Ramadhan al-Mubarak kian menjelma. Apakah bekalan kita? Sudah dimaafkan segala kesalahan manusia terhadap kita? Sudahkah kita memohon kemaafan kerana kelancangan mulut kita mengumpat dan menyindir? Hmm.. maka, serulah nama Allah..pohonlah keampunan. Mintalah kemaafan, dan sebarkanlah kasih sayang sesama insan dengan memohon kemaafan dari semua yang pernah kita sakiti. Opocot!! berani buat tak berani minta maaf.. itulah ego, tembok yang dibina syaitan untuk mengekang manusia berkasih sayang..
~Dengan ini, aku MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY BIN UTHMAN, dengan secara terbukanya dan secara ikhlasnya kerana Allah, memohon kemaafan kepada semua jika ada terbuat kesilapan tanpa disedari, dari tutur kata, perbuatan dan juga penulisan yang penuh paloi ini.
~JOM KITA MERAMAIKAN MASJID SEPANJANG SYABAN DAN RAMADHAN INI
Cari Blog Ini
Jumaat, 22 Jun 2012
Selasa, 19 Jun 2012
Selasa, 12 Jun 2012
Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp
Be the 1st to share d news over Twitter & Facebook & be rewarded! & remember to tell your friends about #ChurpChurp
http://my.churpchurp.com/khawarhezazy/share/churpchurp-invite
http://my.churpchurp.com/khawarhezazy/share/churpchurp-invite
Hari itu, Hari Ini.. Aku tetap Anak Gayong!!
Gambar kenang-kenangan sewaktu semangat Rosli Dhoby membara!! |
Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah. Semoga sentiasa
di dalam keberkatan hidup bersama keluarga masing-masing. Binalah keluarga yang
mawaddah sakinah wa rahmah. Di dalam nya, terletak syurga dunia yang jarang dirasai
di mana-mana jua. Semoga kehidupan ini dapat ditempuhi dengan amalan yang baik
dan diterima Allah jua di akhirat sana. Dengan izinNya, Insya Allah.
~ Dari
Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W. sabdanya: Sesiapa yang mengajak ke jalan
mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala
orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu
dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan
mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak
dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu
dan dosa-dosa mereka
~Bila masuk
bab mengajar, kita seringkali terlupa batasan guru-murid. Adakalanya, guru kita
langsung tidak dihormati. Menghormati lebih baik daripada mentaati membabi
buta. Hormatilah sekadar yang termampu. Setiap ilmu yang kita perolehi dari
seorang insan, maka layaklah 'dia' digelar guru. Apatah lagi mengajar kita dari
'kosong' ke 'sesuatu'. Sehingga ada murid yang sanggup menyindir guru, kerana
tidak sehaluan perjalanan. Pemikiran manusia berbeza-beza. oleh itu, amatlah
sukar untuk kita mentaati melainkan pekara keagamaan sahaja.
~Dalam
mengimbau kenangan lama, sebagai seorang warga pendidik bermula dari umur 16
tahun lagi. Mendidik murid yang hampir sebaya dalam Perguruan Seni Silat yang
berasal dari Kuching Sarawak, sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada aku
untuk menjadi GURU pada masa sekarang. Aku masih ingat lagi, gelaran yang
diberi kepada mereka seperti, Usup Kera (sebab permainan lebih mirip kepada
haiwan tersebut), E'e Panda Buluh, dan sebagainya. Alhamdulillah, kebanyakan
mereka sudah menjadi 'orang' walaupun ada beberapa yang jauh tersesat dalam
perjalanannya. Tapi, tak semuanya. Walaupun ada tidak 'sehaluan' dengan
pendirian aku, tapi jika bertemu muka, sudah semestinya aku disalami, dan
disapa dengan sebaiknya sebagai tanda penghormatan kepada aku. Bukan penghormatan
seperti itu yang aku inginkan. Sebaiknya, kita sentiasa menjaga ukhuwah dan
batasan dalam menjadi seorang guru dan seorang anak murid.
~Taklah
seperti dipuja dipuji, cukuplah tanda penghormatan yang boleh menyejukan hati.
Bukan hadiah cukuplah sekadar salam. Bukan sanjungan, cukuplah sekadar
senyuman. Cukuplah. Itu adalah penghormatan. Ada sesetengah murid, malahan
tidak mengaku bahawa dirinya adalah murid kepada guru. Alahai.. itu masalahnya.
Bagi yang berkenaan, IJAZAH tidak memberi apa-apa makna melainkan sekadar tanda
pencapaian sahaja. Rezeki yang Allah kurnia, tak semestinya akan terus
diberikan melainkan diberi juga dugaan. Allah Maha Adil. Dan Allah Maha
Mengetahui.
~Dalam Silat
Gayong, banyak golongan cerdik pandai. Banyak juga ahli falsafah dan juga
penyair yang fasih. Namun, banyaklah juga kelompok-kelompok besar dan kecil,
yang sering bertelingkah, tidak sefahaman dan kurang yakin dengan kemampuan
yang lain. Bahkan, mempersendakan ilmu setiap yang lain. Sedangkan hakikatnya,
kita hanya manusia. Selalu sahaja kurang. Oleh itu, yang kurang itu, kita
cukupkan. Tak perlulah bertelingkah. Tak perlulah berebut. Hormatilah guru-guru
kita. Sayangilah guru-guru kita. Jangan mudah menilai sesuatu yang tidak kita
ketahui asal usulnya.
~Mengenangkan
kembali kepada perjuangan mendirikan 'gayong' di bumi Sarawak. Pada mula 2003,
aku begitu obses dengan Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman (al-fatihah buat
beliau). Sehingga corak latihan yang dilakukan di Rumah Gayong Sarawak
(Gelanggang Rosli Dhoby), dibuat ala-ala tentera bagi memastikan kualiti
pesilat yang dilahirkan. Maklumlah, aku ini orang Sarawak. Tak samalah dengan
kepandaian jurulatih hebat-hebat di Semenanjung. Jadi, aku bercita-cita untuk
meneladani Allahyarham Dato'. Kebetulan aku di Universiti (Universiti lah
sangat), aku berkecimpung dengan kegiatan PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai
Simpanan) Askar Wataniah. Aku amat menyanjungi Allahyarham Dato' Meor dan aku
cuba menerapkan latihan bercorakan latihan Allahyarham dengan latihan ketenteraan.
Itulah murid-murid di Rosli Dhoby memanggil latihan di situ sebagai A.S.K.A.R
(Azab Siksa Kau Akan Rasa). Musim cuti sekolah memanglah sentiasa dipenuhi
dengan Kem-kem Latihan seperti Kem Tahunan, Kem Motivasi dan sebagainya.
~Dari mana
datangnya duit mengadakan aktiviti ini? Ya Allah.. aku cuma pelajar universiti (universitilah
sangat). Masakan mempunyai duit sebegitu banyak kerana hanyalah pelajar.
Tapi, sebagai tanda kasihnya kepada adik-adikku dan demi survival Silat Gayong,
aku bahagikan sedikit dari duit elaun yang aku perolehi dari latihan
ketenteraan PALAPES untuk aku kongsikan kepada adik-adik Silat gayong pada
ketika itu. Cuba bayangkan, duit keahlian, duit naik bengkung, duit itu dan
itu. hampir semua aku yang keluarkan. Nak katakan sebagai mengungkit, sudah
semestinya tidak. Kerana, ini blog luahan hati.. Hehe.. sekadar perkongsian
untuk semua sahaja. Jadikan iktibar kepada semua anak gayong Sarawak yang 'tak
berani' untuk menyumbang.
~Antara
corak latihan yang aku terapkan, " berlari dengan tiang elektrik kayu
belian" sekeliling taman perumahan - untuk kekuatan bahu dan kaki. Tetapi
pengajaran yang tak nampak, kerjasama berpasukan. Side roll, fort roll -muntah
hijau pekara biasa. , "Squat Jump" kalau setakat 100 hanya
'gula-gula'. Tampar lalat, kalau 100, maaflah. Itu bukan mainan. Tak cukup!!.
Lari 2.4 km memang remeh, kerana biasanya murid aku berlari dari Rumah Gayong
ke Jambatan Merah Sungai Budak (jaraknya cuma - 17 km ) pegi
balik mesti hanya dalam masa 2.5 jam. Tumbuk garam dengan kerap. Murid
aku memang tak pandai bersilat, tapi alhamdulillah. Aku didik murid-murid ini
hormat kepada orang yang lebih tua. Setakat ini, tak pernah pula aku ajar murid
menyombongkan diri. Malahan sekurang-kurangnya didikan aku, dapatlah juga mereka
kenal dengan gayong walaupun aku cuma Cikgu gayong yang melukut ditepi gantang.
~Pernah aku
cuba terapkan corak latihan di Rosli Dhoby di gelanggang UNIMAS. Alahai.. semua
tak turun training lagi. Jadi aku ringankan sedikit beban latihan, ramai juga
yang mengelat. Sehingga ada yang cuba nak uji anak murid Rosli Dhoby dalam
" Silat Olahraga". Kesudahan, mengaduh sakit. Pada malam semua
nyenyak tidur di Kem Alapong, murid-murid Rosli Dhoby tengah menahan sakit
kerana latihan masih berjalan. Jalan itik 4 jam, siapa tak patah pinggang.
~Murid Rosli
Dhoby pula, sampai sekarang , masih menghormati semua abang-abang mereka di
UNIMAS. Hormat sampai menundukkan kepala jika bersua dan bersalaman. Memang
didikan seperti itu. Murid-murid terdidik untuk menerima apa sahaja dihadapan,
dan berusaha untuk mendapatkannya walaupun dikatakan mustahil.
Sekurang-kurangnya mencuba. Baru ada semangat pendekar. Ini, belum bertanding,
dah kalah bulu. Dah mengalah bagaikan 'pedang sudah patah'. Walhal, pedang
diasah pun belum. Alahai.. rendahnya semangat pendekar dalam diri. Lunturnya
semangat Gayong kerana kalah kepada keadaan.
~Alahai anak
Gayong.. bersilat bukan main gagah. Bila diuji, mulalah gelabah. Mulalah hilang
arah. Gagah nya kita bukan dikira betapa hebatnya kita bersilat. tapi, gagahnya
kita bila kita boleh menahan marah. gagahnya kita bila kita boleh mendidik
isteri dan anak kita dengan baik. Lelaki adalah imam, dan tugas imam adalah
membimbing makmum.
~Alahai..
hari itu, hari ini.. Aku anak gayong!!
Ahad, 3 Jun 2012
Guru Penempatan Baru Fasa III
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
~Tahniah kepada guru baru yang telah ditempatkan mengikut negeri dan sekolah masing-masing. Nampaknya, semua sudah diatur dengan teliti. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya diperingkat KPM dan JPN serta tidak dilupakan sama sekali, PPD masing-masing. Kepada guru baharu yang berkhidmat di PPD Baram, selamat menjalankan tugas anda sebagai seorang guru pemula. Hendak membina rumah yang cantik dimulai dengan pemilihan bahan-bahan yang baik. Oleh itu, langkah pemula menjadi satu titik kepada segala perubahan dalam hidup.
~ Kepada guru senior yang telah berjaya dalam keputusan perpindahan Jun 2012, syabas dan tahinah. Semoga mendapat ilham baru dalam perubahan tenaga yang berlaku di sekolah baru. Bawa pengalaman dari sekolah lama untuk membina sahsiah diri dan berubahlah jika diperlukan untuk berubah. Berpindah itu satu nikmat, tetapi kalau tak dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru, maka itu akan jadi azab.
~Selamat hari Gawai kepada rakan-rakan yang menyambut Gawai Dayak.
~Aku nak tido dulu.. +)
~Tahniah kepada guru baru yang telah ditempatkan mengikut negeri dan sekolah masing-masing. Nampaknya, semua sudah diatur dengan teliti. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya diperingkat KPM dan JPN serta tidak dilupakan sama sekali, PPD masing-masing. Kepada guru baharu yang berkhidmat di PPD Baram, selamat menjalankan tugas anda sebagai seorang guru pemula. Hendak membina rumah yang cantik dimulai dengan pemilihan bahan-bahan yang baik. Oleh itu, langkah pemula menjadi satu titik kepada segala perubahan dalam hidup.
~ Kepada guru senior yang telah berjaya dalam keputusan perpindahan Jun 2012, syabas dan tahinah. Semoga mendapat ilham baru dalam perubahan tenaga yang berlaku di sekolah baru. Bawa pengalaman dari sekolah lama untuk membina sahsiah diri dan berubahlah jika diperlukan untuk berubah. Berpindah itu satu nikmat, tetapi kalau tak dapat sesuaikan diri dengan persekitaran baru, maka itu akan jadi azab.
~Selamat hari Gawai kepada rakan-rakan yang menyambut Gawai Dayak.
~Aku nak tido dulu.. +)
Langgan:
Catatan (Atom)
UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)
Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...
-
أسلام عليكم ~Aktif semula. Setelah banyak berdiam diri, kuasa aktif itu bermula lagi. Alhamdulillah. Pagi ini ambil bacaan gula dal...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua guru yang dirahmati Allah s.w.t. Apa Khabar IMAN anda pada hari ini? Adakah berada tahap m...
-
Duhai isteriku.. Pandang pada hati, cinta ini memang pasti, Bersatu atas kalam Illahi, Berikrar mempertahankanmu dari segenap aspek, Me...