Cari Blog Ini

Isnin, 31 Disember 2012

RoUnd Up - SUm Up 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah sekalian. Untuk kesekian kalinya, aku lontarkan sedikit persoalan untuk kita semua fikirkan sebelum menjelang tahun masehi 2013. -- Bagaimana perkhabaran amalan kita untuk tahun 2012? adakah cukup menambung lompang-lompang dosa yang kita lakukan sekian lama sejak akil balighnya kita?--


~Fikirkanlah. Titipan rindu kita kepada sang kekasih hati sebenarnya sia-sia sahaja berbanding titipan puitis syahdu dipangkuan illahi? Jangan sekadar meletakkan di status MukaBuku, tapi lakukanlah di atas sejadah. Dan bermohonlah dan bermunajatlah. Bukan sekadar status yang hanya jadi tatapan manusia. Dan ianya bukan cara untuk menggapai keredhaan Allah.

~31.12.2012. Hari-hari terakhir aku di tahun 2012. Bermula 10 Januari 2012, aku duduk di kerusi ini. Menghadapi liku-liku kehidupan sebagai hamba Allah di posisi yang berbeza. Taraf Iman aku, ada pasang dan surutnya. Tapi, most of the time, Imanku dalam keadaan suram. Bila disinari dengan cahaya cinta Allah, ianya kembali berputik. Pada paginya menangisi betapa daifnya aku disisi Allah, tapi petang aku akan melupainya. Begitu setiap hari sehingga menjadi biasa dan menyebabkan hati aku semakin rapuh dalam menggapai kasih sayang Allah. Tahun ini banyak merubah pelbagai rona-rona kehidupan aku sebagai "Abdullah". Tahun ini banyak memberikan aku peluang untuk menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Berjaya dalam hidup, bukan beerti menjadi insan cemerlang imannya. Dan banyak peristiwa yang memberikan aku pengajaran dan inspirasi serta sempadan garisan yang perlu aku batasi. Batas asa aku sebagai manusia, sebagai khalifah di muka bumi Allah.

~Banyak pekara yang aku belajar pada ketika usia aku meningkat. Belajar menghormati dan bekerja dalam satu organisasi yang besar. "Give and take" dalam hubungan kekeluargaan. Belajar untuk "cool down". Belajar untuk memahami. Dan semuanya aku pelajari dari situasi sekeliling yang aku lalui. Sifat baran, amarah dapat aku kurangkan. Dan jiwa dididik dengan kesabaran. Allahu Allah.. Namun, tetap juga nafsu sukar dididik!!

~Yang pastinya, aktiviti silat aku memang banyak dikurangkan. Aku lebih banyak mendiamkan diri. Bila bersuara, suara seakan-akan tidak didengari seperti dahulu. Bukan berbekas di hati juga, semuanya sudah dimaafkan. Lebih baik hidup dalam kebenaran daripada bergelumang dengan auta. Lebih baik hidup merendah diri, daripada hidup meninggikan diri. Lebih baik duduk dalam keadaan harmoni daripada hidup dalam perbalahan. So, aku ambil langkah mendiamkan diri, tak mahu masuk campur apa sahaja urusan pentadbiran silat. Sehingga aku "bangkit" semula dari "tidur" yang lena ini. Biarkan dahulu. Aku masih dalam proses mempelajari semua urusan pentadbiran. Aku hanya meletakkan keluarga sebagai kepentingan yang utama. Tak mahu terbeban dengan semua urusan lain selain daripada keluarga.

~Apa yang penting aku pelajari dalam hidup ini dalam tahun 2012 adalah menghormati orang lain dan juga bagaimana hendak survive dalam kehidupan yang penuh dengan pancaroba ini. MEnekan jiwa dan perasaan, dan bagaimana hendak mengawalnya tanpa melibatkan pertelingkahan yang sia-sia. Namun....semuanya jadi sia-sia jika beban dosa yang tidak terlihat ketika ini..... 

~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...