~Tahun masehi 2013 sudahpun membuka tirainya pada tanggal hari ke tiga. Bagi semua makhluk manusia yang berpandukan kepada tahun masehi, ini dikira sebagai permulaan bagi tahun berikutnya dalam kehidupan. Sedangkan, tahun hijrah yakni tahun yang diyakini oleh kaum muslimin, sudah lama membuka tirainya. Namun begitu, semoga Allah mengurniakan kita dengan kebaikan yang berpanjangan agar dapat kita sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kejahilan kita sebelum menghembus nafas yang terakhir sebagai hamba.
Bumi Long Busang yang amat dirindui keindahannya |
~Pekerjaan merupakan ibadah kepada Allah. Kita berkhidmat demi mendapatkan keredhaan Allah. Memenuhi hak kita sebagai khalifah di muka bumi. Bermula dengan seorang guru, mengembara nun ke ceruk perut bumi Borneo yang jarang diteroka. Walaupun langkah tak seia dengan tujuan, namun pengalaman di Long Busang menjadi panduan membataskan apa yang dikatakan dengan "kepercayaan". Sekarang, duduk di kerusi yang empuk, mulailah mengeluarkan penyataan yang kadang-kadang mengguris hati orang tanpa tidak disedari. Kelahiran Muhammad Khalid Hafizi banyak mengajar aku erti kasih sayang. Alhamdulillah, hari-hari yang dahulu, sudah ku tinggalkan. Pendekatan yang paling drastik, hampir sahaja dikatakan aku hilang "taring". Sedangkan hakikatnya, "harimau sedang menyimpan kuku" sahaja. Biarkan "dia" tidur sahaja. Biarlah "dia" lena dalam pangkuan kasih sayang Allah.. Biarkan.
Sekitar majlis bersama Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak |
~Perasaan bersalah menusuk di dada. Mengenangkan sifat dan perilaku aku yang kadang-kadang boleh menjengkelkan sesiapa sahaja. Sedangkan aku tidak sama sekali bermaksud begitu. Aku sedaya upaya untuk menidurkan "harimau" supaya tidak turut dalam urusan pekerjaan aku. Agar ibadah aku terjamin. Tapi, bagaimana ya?
Ku merindui mereka.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan