Cari Blog Ini

Khamis, 21 Mac 2013

Guru yang Tidak menjaga AdaB dengan Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger yang yang dirahmati Allah

~Adakalanya, bloggers ini suka mencari publisiti murahan untuk blog mereka. Mungkin kerana beranggapan bahawa berita hangat akan mensensasikan blognya. Dana adakalanya, ayat yang digunakan pada blog, boleh membawa kesinambungan yang ekstrem kepada diri sendiri. Sehingga adanya yang masuk ke mahkamah kerananya. Dan adakalanya, yang benar kita "post"kan di sini akan digunakan untuk melawan kita balik. Sebagai bukti katanya. Tapi, itulah hakikatnya.

~Kadang-kadang, aku merasakan bahawa remaja kita semakin hilang harga dirinya bila mula meracau tidak menentu di dalam MukaBuku. Bagaikan tidak beragama. Sedangkan agama terang-terang melarang perbuatan yang tidak senonoh. Wah wah.. seronoklah melawan hukum hakam agama ya?

~Meluat dan rasa nak muntah bila yang tiada hubungan sah yakni perkahwinan, meroyan-royan menyebut rindu, sayang.. Alahai.. ini laman sosial. Tiada kaitan dengan hal anta berdua. Pergi main jauh-jauh. Yang membaca turut merasakan "onar" dan boleh dikira bersyubahat kerana tidak menegur. Ini teguran aku secara terbuka. Dan aku mengharapkan, segeralah bertaubat jika masih melakukan aktiviti tidak bermoral ini. Boleh dikira tak pandailah ibu bapa kita menjaga kita jika kita tidak menjaga nama mereka.

~Yang terlibat dengan aktiviti seperti ini kebanyakan remaja yang berusia dalam lingkungan 13 - 20 tahun. Tapi, yang sadisnya, segelintir orang dewasa turut berbuat demikian, namun dianggap biasa sahaja, "sweet" dan sebagainya. Itu namanya, bodoh sebab ada ilmu tapi tak dipraktikan dengan sebenar-benarnya. Yang haram tetap haram walau apa pun caranya. Yang tak tahannya, kadang-kadang, guru pun terlibat dalam masalah moral seperti ini.

~Aduhai guru.. janganlah terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. Jauhilah demi menjaga nama bidang "keguruan" ini. Guru yang baik akan melahirkan anak murid yang baik. Sebaik-baiknya, guru hendaklah memberikan contoh yang terbaik untuk semua anak-anak muridnya. Dan kalau seorang guru hendak mendidik, mulalah dengan mendidik diri sendiri dahulu. Cara pemakaian, cara pergaulan cara kehidupan seharian kita boleh memberikan implikasi yang besar kepada murid kita. 

~jAngan kerana hendak menunaikan nafsu kita, melayan nafsu kita, seluruh nama profesion ini akan rosak. Sedangkan dibibir kita seringkali mengungkap ilmu, tapi hakikatnya kita mempunyai ilmu yang tidak diamal. Itulah guru yang tidak menjaga adab dengan Allah.

~Kadang kala kita merasakan kita benar, sehingga berani menyatakan ketidakpuasan hati kepada ketua (Guru Besar dan sebagainya). Sedangkan, beliau telah dilantik menjadi ketua kerana kebolehannya. Luahkan dengan cara baik. Komunikasi yang baik datang dari hati yang baik. Jujur dan ikhlas. Jangan meninggikan diri walaupun kita punyai gred 44 lebih baik sekalipun. Jangan pandang rendah terhadap orang lain dengan meninggikan diri kita. Kebaikan, walau disembunyi, tetap juga akan nampak. 

~Jaga adab kita dengan Allah. Jaga adab kita dengan ibu bapa, suami, ketua. Maka Allah akan menjaga kita dalam segenap aspek. Berbahagialah mereka yang berada dalam lindungan Allah jua.

~Jangan nira setitik, habis rosak susu sebelanga. Fikir-fikirkan lagi. Renungilah lebih dalam. Semoga diri kita sentiasa dalam lindungan Allah dari fitnah dunia yang kian menjadi-jadi.

Selasa, 19 Mac 2013

KASIHNYA IBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua insan yang senantiasa bergelar "HAMBA ALLAH".



Kasihnya Ibu (By Datuk Sharifah Aini)

Kasihnya ibu 
Membawa ke syurga 

Kasihnya saudara 
Masa berada

Berkorban raga 
Rela binasa 
Berkorban nyawa 
Tanda kasihnya

Kasihnya ayah 
Sanggupkah berpisah 
Dan kasih anaknya 
Berkorban nyawa

Biar pun jiwa 
Akan tersiksa 
Ikhlas dan rela 
Asal kau bahagia

~Renungilah.. adanya kita kerana adanya ibu dan ayah kita. Sesunggunhnya, kasih mereka tak bertepi untuk kita sebagai anak. Setiap satu perilaku kita membawa implikasi kepada kedua-duanya. Seharusnya, kita sebagai anak menjaga nama keduanya. Tapi, jika kita keberatan dalam menegakkan apa yang dikatakan sebagai sunnah, maka segala ilmu yang dicurahkan oleh kedua-duanya melalui keringat itu menjadi 'sia-sia'.

~renungkanlah.. hati ini sentiasa resah, fikiran sentiasa ligat fikir. muhasabahlah diri~~

Selasa, 12 Mac 2013

SIBUK DAN MENYIBUK

Assalamualaikum dan salams sejahtera kepada semua guru-guru dan pembaca yang dirahmati Allah

~Mari mulakan hari dengan menyedekahkan al-Fatihah kepada semua meraka yang syahid di jalan Allah dan mengampunkan semua dosa-dosa umat Muslimin dan Muslimat. 

~12 Mac 2013 - BErmula lagi episod baru dalam hidup kita. Dengan tanggungjawab kita di mulakan dengan menyembah Allah di solat subuh. Kemudiannya tanggungjawab kita kepada isteri, anak dan juga kepada kedua ibu bapa kita, mertua kita dan juga kepada semua umat manusia yang memerlukan pertolongan kita. Allah memberikan pertolongan kepada mereka melalui kita sebagai medium.

~Masih juga ada segelintir manusia yang terlalu optimis dan terlalu sukar untuk memberi bantuan sedangkan Allah sentiasa memudahkan semua urusan kita, tapi, kita tiada ikhtiar hendak memberi atau menyalurkan usaha kita dalam membantu perjuangan masing-masing. Fikirkan sejenak, jika kita tak ada usaha hendak memudahkan, maka Allah akan pun akan menyukarkan usaha kita. Sebab itulah, sedekah merupakan medium yang paling mudah untuk memudahkan segala usaha mereka-mereka yang bantut. Sebagai contohnya, apabila kita bersedekah senyuman, maka senyuman yang ikhlas dari hati dapat melegakan hati kegusaran walaupun tidak sepenuhnya. Tetapi awas, jangan senyum "double meaning".

~Cuba perhatikan "ulah" (perilaku) setiap manusia yang ada di sekeliling kita. Masing-masing mengeluh mengatakan kerja banyak. Tapi, kita muhasabah diri kita dahulu. Buat checklist, apakah benar-benar kita sibuk? Ataupun sebenarnya kerja yang menyibukkan kita itu adalah kerja yang bertangguh disebabkan oleh kemalasan yang datang pada hari itu.? Fikirkan lagi. Kerja disimpan itulah menyebabkan semuanya bertimbun. 



~Bagi guru baharu, ataupun guru Interim, usahakan untuk yang terbaik untuk perkhidmatan pendidikan ini. Jangan hanya tahu mengeluh dan meminta ini itu. Cuba dahulu, usahakan yang terbaik untuk anak-anak didik. Jangan mudah mengalah dan jadi "guru 25 hb". So, didik dengan keikhlasan hati. SAYA YANG MENURUT PERINTAH. 

~ Dan akhirnya, jangan sesekali ambik mudah pada setiap pekara yang berkaitan dengan pendidikan murid kita. Murid kita adalah "client" kita yang perlu diberi layanan yang terbaik. Kerana, tanpa murid, "how are we?"

Khamis, 7 Mac 2013

50,000 penghargaan tak bertulis


~~Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Dengan ini aku isytiharkan.. BLOG INI SUDAH MENCAPAI 50,000 PENGUNJUNG.. HEHE

Rabu, 6 Mac 2013

Antara REALTI dan FANTASI

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah

~Takziah kita ucapkan kepada wira negara kita yang telah terkorban di dalam insiden pengganas di Lahad Datu Sabah. Sedekahkan al-Fatihah kepada mereka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan semoga roh mereka bersemadi dengan aman di alam sana.

~Semua nak post dalam FB berkaitan dengan "Kesultanan Sulu". Masing-masing mengaku merupakan jurai atau untaian kekeluargaan dengan "Kesultanan Sulu". Sehingga nak baca pun tak habis dengan temberang yang sama sekali tidak bukti yang benar lagi berasas berkaitan dengan keturunan "Kesultanan Sulu". Akhir kalam.. biarlah mereka dengan istilah kesultanan mereka. 

~Ternyata kehidupan ini banyak dihimpit oleh kesempitan masa yang dan isu-isu dalam yang bergentayangan dan berlegar dan kehidupan. ANTARA REALITI DAN FANTASI. Antara KEBODOHAN DAN KEJUJURAN. Semuanya sentiasa bermain di minda. Membahagikan masa di antara kedudukan-kedudukan yang telah termaktub menjadi amanah seperti, seorang GURU, seorang BAPA, seorang SUAMI, seorang ANAK, seorang DAI... membuatkan aku sukar untuk memberikan fokus yang terbaik untuk menjadi hamba Allah. 

~Antara REALITI dan FANTASI. Mampukah kita hendak menunaikan janji seandainya pekara sebenar bagaikan tersembunyi dilautan kebohongan? Bagaimana hendak memberikan hati sedangkan hati ini sebenarnya masih kotor dan jelek lantaran ketidaktentuan dalam kehidupan. [ayat mencarut membuktikan hati ini tidak ketentuan]

~Hidup dan berpeganglah di dunia yang nyata. Biarkan fantasi berada diluar kenyataan. Hidup biarlah berbudi bagaikan sebatang pokok kelapa. Berbudi dari akar hingga ke buahnya kepada manusia. Dan janganlah hidup seperti pohon semalu. Tumbuh megah dengan berduri. Tapi, perbuatannya sungguh menyakitkan hati. Meluka sana sini. Tumbuh melata bagaikan tiada seri. Tapi, bila dipegang.. menguncup diri. 

~Ah.. sukarnya untuk hidup menegak syiar Islam dalam keadaan yang kadang-kadang sering bersalah sangka. Hidup penuh dengan perasaan hasad, tidak terperi dengan semua benci. Biarlah semuanya bagaikan mendongak ke langit, meludah lalu jatuh ke muka sendiri.

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...