Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Disember 2013

Menjadi seorang yang dihormati

Assalamualaikum.  Salam sejahtera. Salam berbarakah bagi semua yang membaca blog ini.

Tatkala menusuri kehidupan yang tidak berkesudahan ini, adakalanya kita akan mudah terasa bahawa kita adalah yang terbaik. Namun pernah kita terfikir bahawa setiap satu langkah kita menuju jannah, pasti ada halangan yang tidak kita terduga punca dan arahnya. Dan adakalanya kita tewas kerana mudah hilang arah.

Oleh itu, persiapkanlah benteng pertahanan kita sebaik-baiknya kerana langkah demi langkah kita, adakalanya kita rebah sebab tiada persediaan untuk menghadapinya.

Kita mudah meletakkan harapan tapi mudah juga untuk memusnahkan harapan. Kadang-kadang, tanpa kita sedari yang terbaik itu sudah sedia ada terbaik untuk kita namun kita alpa dan mudah tidak bersyukur sehinggalah tiba hari kehilangan segala-galanys barulah mengerti bahawa itulah terbaik dalam hidup kita.

Kadang-kadang kita memandang remeh terhadap blog seperti ini. Namun hakikatnya secebis ilmu yang dikongsi, sejuta hikmah menanti.

Aku suka dengan ungkapan yang digunakan oleh sahabat aku yang menjadi founder First Strike Combat Academy (FSCA), he said. " leave your ego behind when you enter this door" . Kredit kepada En. Zarif di atas kata-kata bermakna seperti ini. Sebaik-baiknya bila menginginkan satu ilmu bela diri maka tinggalkan segala ilmu yang ada supaya kita tidak mudah berasa tinggi dan bangga diri. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa" biar ikut resmi padi, makun berisi makin menunduk".

Bagi yang bergelar ahli beladiri, mari kita berganding tangan untuk mengatasi masalah yang kita hadapi sekarang ini dan mendidik lebih ramai lagi modal insan yang bertanggungjawab supaya negara kita aman. Jangan sembunyikan kuku kerana saban hari ramai dari kalangan kita dibuli, dirompak,  dirogol dan sebagainya kerana kealpaan kita tidak menyebarkan ilmu kita. Jangan terlalu dangkal dengan ilmu kerana ilmu harus disebarkan bukan dibiarkan terperuk dalam kocek baju. Dan janganlah mengambil kesempatan di atas kesempitan.

Mencintai ilmu adalah sikap yang terpuji yang dianjurkan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. janga kedekut ilmu. Allah pasti membalas jika ada yang kurang ajar. Sebab hukum Allah itu jelas. Dan janji Allah itu pasti.

Jum belajar ilmu bela diri. Kerana dalamnya ada disiplin diri. Jika kita gagal mendidik diri jadi orang berdisiplin, beerti kita gagal mencontohi peribadi Rasulullah. Belajar bela diri dapat memupuk disiplin bukannya memupuk semangat bikinpusing. Jangan salahkan ilmu. Salah diri yang tak mampu berdisiplin dan patuh pada arahan.

Studio kami terletak di belakang e-Mart Matang. Bersebelahan dengan Bank Simpanan Nasional Matang. Kalau jumps Kopi O Corner Matang, jalan lurus sampai jumpa bangunan sebelahnya. Tingkat 2. Kami menawarkan BJJ... Silat Seni Gayong Malaysia, dan Boxing.

Sekarang peluang dah terbentang,  pilihan anda menentukan anda menang atau kecundang.

Berlabuhlah tirai 2013.. bermulalah pementasan drama 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

~Dunia ini kian kejam jika hendak dibuat perbandingan manusia di dalamnya. Bukan mudah untuk hidup dalam kekejaman yang kian menular dan menjadi barah dalam kehidupan sekarang. Kita hendaklah bersedia untuk menghadapi dunia yang kian mencabar ini.

~2013 kian menghampiri ke penghujungnya. Tirai makin ditutup. Tetapi pementasan hidup mestilah dirasai agar kita tidak sesat dalam perjalanan menuju ke syurga abadi.

~Banyak yang aku kecapi dalam dunia 2013. Antaranya yang paling manis sekali adalah perpindahan yang dinanti-nanti selama 6 tahun berkhidmat. Alhamdulillah. Syukur keranan Allah telah memberikan aku dan keluarga untuk menabur bakti di tempat sendiri.

~Pembukaan studio di Jalan Matang memberikan sedikit makna kepada pertubuhan yang aku terajui. Semoga dengan izinNya, ilmu gayong bakal tersebar sehingga ke seluruh pelusuk negeri Sarawak.

~Dan, tahun 2013 mencipta satu rekod terbaharu sejak 2001 kerana aku tak jejak kaki ke Semenanjung Malaysia untuk tahun 2013. Rekod yang terbaharu sejak 12 tahun yang lalu.

~Harapan aku agar tahun 2014 aku memperoleh semangat juang yang baru untuk menjadi seorang GURU yang berwawasan dan bermatlamat. Bukan sekadar merungut.


~dan harapan aku agar menjadi seorang suami, abie serta anak yang baik untuk ke semuanya. Insya Allah.

Ahad, 8 Disember 2013

SALAM DISEMBER 2013



بسم ألله الرحمن الرحيم 
أسلام أليكم 


~Salam Disember.. Salam Safar.. Sudah berakhirnya November tetapi masih juga jadual padat dengan aktiviti yang semakin rancak.

~Studio silat aku akan di buka di jalan Matang dalam masa terdekat. Aku berkongsi dengan seorang rakan untuk membuka gelanggang silat dan studio untuk Brazilian Jiu Jitsu. Maka bertambah padatlah aktiviti silat aku.

~Ditambahkan lagi dengan suasana rumah yang penuh dengan anak-anak buah yang berkumpul. Bertambah rancaklah rumah. Tapi, putera aku lah yang paling "hebat". Macam biasalah. Bukan sebab apa, dia yang paling kecil. Mana tak nya abang dan kakak-kakaknya beri muka.

~Di Seluruh Malaysia dilanda banjir. Pesanan kepada semua mangsa banjir, silalah jaga keselamatan dan kesihatan selama bankir ini berlaku. Elakkan anak-anak bermain air tanpa pengawasan untuk mengelak kemalangan jiwa.

~Dan demam eg-tukar dah berakhir. Penantian bertahun-tahun ini membuahkan hasil yang baik atau tidak, bukan urusan KPM, JPN, PPD.. tetapi itu adalah sebuah "takdir" yang Allah tentukan buat hamba-hambaNya. Dan ingatlah, Allah sama sekali tidak membebankan kita sesuai dengan kebolehan kita untuk menanggung bebanan itu.

~Jangan mudah mengutuk kerana kutukan itu akan menjadi bahana kepada kita di akhirat. Jangan mudah mendoakan kejahatan kepada orang, sebaliknya doakan kebaikan kepada orang lain kerana setiap doa adalah cerminan kepada kita. Dan ingatlah, ketika Rasulullah s.a.w dilemparkan najis, baginda hanya mendoakan kebaikan kepada orang yang melakukan kejahatan tersebut.

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...