Cari Blog Ini

Sabtu, 31 Julai 2010

Catatan Terakhir di bulan Julai 2010


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Ahlan wa sahlan.. Selmat datang ke blog penulisan kurang kreatif. Satu penyelesaian kepada masalah jiwa nan bergelora. Kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Mendongak ke langit, kita akan mendapati langit tidak bertiang. Tersergam tanpa bantuan apa sekalipun. Terfikir juga, apa yang dimaksudkan dengan ‘langit tidak bertiang’. Maka, proses sains dapat menjelaskan mengapa langit tidak bertiang.

Dalam subjek sains Darjah 5 sudah sama sekali, kita telah didedahkan tentang mengapa langit tidak bertiang. Awan tercipta dari penyejatan air dari sumber-sumber air seperti kolam. Sedangkan, wap itu adalah gas. Dan gas lebih ringan dari pepejal. Apabila tersejat ke atmosfera pun, ada lagi halangan untuk keluar terus dari bumi. Mengapa? Ini semua adalah aturan Allah yang Maha Esa. Benda sebegini memerlukan hati dan akal yang bersih untuk mengenali kebesaran Allah taala.

Mendongak ke langit juga beerti kita memerhati cipta agung Khaliq kita. Memandang langit akan menerbitkan perasaan kagum kepada seni penciptaan langit yang kompleks. Seolah-olah langit mempunyai satu lapisan yang nipis seakan-akan plastik bagi mengekang keberadaan wap-wap air.

Bilamana kita berada di dalam kapal terbang, dapat dilihat keadaan awan pada paras 30,000 kaki. Cantik dan amat mempersonakan jiwa. Bila mana kita berada kita keadaan, terdetik dihati untuk kita sama-sama merenungkan kembali segala apa yang telah Allah taala kurniakan kepada kita. Berkali-kali di dalam al-Quran menyatakan kepentingan untuk berfikir secara selalu.

Dan orang Melayu mempunyai pepatah, “Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung”. Mengapa menggunakan perkataan langit dijunjung? Kerana langit tetap berada di situ. melambangkan di mana-mana kita berada, keperibadian tinggi juga akan menjadi satu pedoman kepada kita.

Langit dicipta luas seolah-olah tiada bertepi. Pada hakikaktnya, setiap bermula ada pengakhirannya. Begitu juga dengan langit. Semoga Allah mengurniakan kesudahan yang baik bagi kita.

àMeludah ke langit, pasti terkena sendiri.<-- Sesuai untuk menggambarkan orang yang suka bercakap tentang diri orang lain.

è fitnah lebih bahaya dari membunuh.. Elakkan mengumpat dan menfitnah!! Aku untung sebab saham menaik. Kau ada ka?

Sabtu, 17 Julai 2010

Idea atau Ilham? Words can Hurt or Heal


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Ilham atau idea..? Dari sudut pemahaman kita tetap sama maksudnya.. Namun nilai dari segi sasteranya mungkin mereka yang pakar bahasa sahaja yang mengetahuinya..

~Aku tak punyai sijil kemahiran dalam bidang sastera.. Masih tertunggang langgang menyusun ayat-ayat Cinta

~Menjaga tepi kain orang, memang sikap orang kita.. memang nak jaga peribadi orang, tapi sendiri tak terjaga.. kalau benda yang berkaitan dengan dosa pahala, wajib menegur

~Paku dulang paku serpih, mengata orang memang dialah yang lebih.. sesuai dengan semangat benci membenci yang ada dalam hati insan yang suka mencari kesalahan orang lain

~Tiada manusia yang sempurna.. So, don't aspect people araound you would perform their best..

~Gunakan otak. Pharase yang suka digunakan, " Jangan letakkan otak kamu dipunggung, sebabnya, hari-hari berak, otak jadi kuning macam @#&K kamu.."

~Keep on motivating yourself.. Banyakkan muhasabah diri. Renungi ayat-ayat al-Quran. Fahaminya.. hanya orang yang tidak beriman sahaja yang tidak akan memahaminya..

~JaNGan asyik nak angkat bakul sendiri sampai menjatuhkan periuk nasi orang.. ahaha~

renung-renungkan...kita tidak sempurna..

Soalan cepu emas: Pengalaman Mengajar


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Selamat berhujung minggu.. Nikmati bersama-sama keluarga. Yang jauh, dekat-dekatlah. Yang dekat, kukuhkan lagi rasa kasih sayang.

~Pengalaman mengajar.. soalan sebegini selalu keluar dalam semua borang yang berkaitan dengan guru.

~Aku guru baru..bukan senior. Baru 1 tahun 7 bulan berkhidmat dengan KPM secara hakiki. Masih baru..masih mentah. Masih tak layak memberi pendapat melainkan mendengar pendapat

~Kalau ditanya pengalaman mengajar beladiri, : aku hanya mampu katakan masih jadi anak murid.

~Ini post dalam facebook dari seoang rakan sekolah:

o Guru nak? ko xda nerimak jemputan Konvensyen Guru-guru Silat SeNusantara bulan - 10 tok sik??? ya pesaka pun terlibat bh..xkn ko sik tauk..kmk org Dewan Jurulatih RSS dh mula adakan latihan bersama 30 buah perguruan, Cekak pun di invite..ada ka ko???

~Bukan mengata, kasihan aku dengan penyataannya. Melambangkan dia masih belum matang dalam perbuatannya. Masih tidak mengikuti resmi padi. Patut jugaklah..

~Bukan hendak mengaibkan siapa-siapa, tapi terimalah hakikat, kita tetap anak murid@hamba kepada Allah.. Jangan mudah terleka dengan gelaran dan pangkat.

~tidak dibawa ke mati nya segala gelaran@pangkat..

~Matlamat utama persilatan..--> menyatupadukan UMMAH wahai saudara..

~jangan terlalu taksub dengan fahaman assabiyah (kelebihan pada sesuatu kaum/silat).. tolongah..kita sama-sama mencari ilmu. Hormati ilmu itu.

~Sikap orang Melayu..dengki..lantas mencantas..katanya keadilan.. hakikatnya dendam..

~Jangan hairan, tindakan yang orang lain ambil untuk kita kalau kita sudah melampau.

~Renung-renungkan~

Jumaat, 16 Julai 2010

Menahan marah lebih gagah dari seorang Pahlawan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pembaca yang budiman. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang kira-kira bunyinya, "Bukan orang yang berkelahi dan menang dalam pekelahian tersebut adalah gagah, tetapi orang yang paling gagah antara kalian adalah orang yang mampu menahan kemarahan"

Atas dasar usia dan meningkat, dan kita akan meninggal dunia yang fana ini suatu hari kelak, lebih baik kita sentiasa menanam sifat-sifat mahmudah dalam diri. Kita dah meningkat usia. Bukan makin muda. Terima hakikat. Menahan marah tu lebih gagah, jadi kalau orang yang suka marah tu? Pengecut la jawapnya.. Tak gagah..

Semoga dengan perkongsian ilmu ini menyedarkan kita akan keutamaan meletakkan agama dalam kehidupan. Pernah seseorang menuturkan kata-kata yang indah, " Orang jahat tidak sama sekali suka akan kejahatan dia disebut-sebut, tetapi lebih suka kebaikkan di lambung-lambung". Itu fitrah dan hakikat kejadian manusia. Tiada yang suka dikeji. Siapa yang suka dikeji? Kalau suka kena keji tu, samalah spesisnya dengan binatang.

Selain itu, yang menjadi musuh dalam selimut ini lagi bahaya. Di depan kita bermadah kata, dibelakang pula bermadah durjana. Kalau peribahasa melayu mengata, " Talam 2 muka". Dalam kehidupan yang kian canggih ini, tiada lagi yang boleh dikatakan setia. Melainkan hubungan kita dengan Allah jua..

Kejayaan dalam peperiksaan bergantung:

1. Tahap kecerdikan murid sendiri

- Bab ini memang penting, kerana pencapaian yang baik biasanya datang dari sekolah
yang mempunyai pelajar cemerlang. Contohnya Sekolah Berasrama Penuh dan sebagai
-nya.

2. Persekitaran dirumah

- Persekitaran dalam rumah memainkan peranan yang penting. Kalau ibu dan ayah \
sentiasa membina ukhuwwah yang baik diantara orang tua dan anak-anak, di sini
perasaan hormat menghormati akan wujud. Bila mana anak diredhai oleh ibu dan
ayah, maka segala doa anak akan menjadi mujarab. tidak perlu kismis untuk
berjaya, tapi cukuplah sekadar doa yang bererusan dari ibu dan ayah.

3. Penumpuan sepenuh perhatian di dalam kelas

- Mungkin setiap murid memerlukan situasi yang berbeza dalam proses pembelajaran.
Ada yang akan belajar sepenuh hati, tapi masih tidak mampu hendak menguasai
sesuatu topik. Oleh itu, penting bagi mereka menumpukan perhatian di dalam kelas
bagi mengukuhkan lagi pengetahuan berkaitan sesuatu topik.

4. Guru meredhai pelajaran yang telah diberikan

-redhalah..dan jangan pernah mengeluh..doakan kejayaan mereka..



Sampaikan salamku kepada Dia..kerana mungkin masaku akan tiba..=)

Rabu, 14 Julai 2010

Kenali diri, sebelum mengajar orang lain..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kepada semua bloggers dan pembaca yang dihormati sekalian.. Kali ke-2, itu statistik untuk bulan Julai. Ahlan wa sahLan ya Sya'aban. Bermaksudnya, tinggal sebulan sebelum kita semua akan menajalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Mari sama-sama kita bermuhasabah diri agar kita tidak terpesong dari akidah umat Islam yang sebenar.

Dalam menjalani kehidupan seharian, manusia adakalanya lupa ada yang memerhatikan setiap gerak-geri kita. Ya..itulah Al-Khaliq kita, Allah s.w.t. Setiap tutur kata kita, tak kira yang baik atau buruk, akan dicatit oleh malaikat yang telah ditugaskan oleh Allah untuk mencatatkan amalan-amalan kita.

Dalam mendidik anak-anak orang, ingat-ingatlah wahai sahabat sekalian, setiap perbuatan kita terhadap anak-anak orang tersebut seperti caci, maki, hina tu, kalau orang lain buat terhadap mereka macam mana plak? Marah ke kau? Macam mana kalau cikgu lain lempang anak kau hari-hari? Rasulullah tak ajar kita mengajar macam tu. Rasulullah mengajar dengan penuh kasih sayang. Setakat rotan tu tak apalah. Tapi, kalau sampai lempang,tu dah melampau. Melainkanlah kesalahan besar. Kitakan ada undang-undang.

Pernah terfikir bahawa setiap anak-anak adalah amanah? Bagaimana perasaan mereka jika anak-anak mereka dilempang saban hari tanpa mendapat pembelaan? Bukannya kesalahan besar pun. Setakat malas dan salah dalam subjek tertentu. Provokasi lebih. Budak-budak bolehla kau lempang, mak bapak dia boleh sekali kot? Kau kan kuat..

Kalau ajar budak bersilat pun tak boleh sepak terajang sesuka hati. Ini akan menimbulkan satu rasa tidak puas hati di dalam hati budak-budak yang akan menyebabkan mereka bersikap macam samseng satu hari kelak. Dapat sijil jurulatih antarabangsa sekali pun, nak denda fikir beberapa kali. Hati tak boleh ikut sangat. Nanti patah mematah pulak anak orang. Lempang guru silat ini, bukan sebarang-sebarang nak guna. Nanti kalau kena, merana seumur hidup anak murid merana. Sebab itu guru silat simpan kuku. Biar kena pada yang derhaka. Baru padan dengan muka.

Nanti, kalau anak-anak kamu tu kena lempang, jangan marah lah ye. Bengap anak kamu akan jadi 10 kali daripada budak-budak yang kau lempang hari-hari.

Sekian. Catatan dari jauh..

Ahad, 11 Julai 2010

Realitinya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terbitan pertama unuk post di bulan Julai. Aku sedar bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Allah tidak sama sekali menjadikan setiap sesuatu dengan sia-sia. Semoga dengan setiap kejadian itu, menjadikan aku lebih matang meniti usia aku yang kian malap.

Ada benarnya, setiap manusia mempunyai di mana segala kudratnya memang amat diperlukan. Setiap keringatnya adalah menjadi sebutan. Ada manusia yang suka jika kebaikkan meraka disebut-sebut. Ada juga yang suka mencari kesalahan orang lain.. Realitinya.. tidak ada manusia yang sempurna. Manusia yang sentiasa mencari kesalahan orang lain adalah manusia yang tidak pernah melihat cermin untuk menilai preatasi diri sendiri.

Manusia yang sentiasa menjadi kaki ampu, manusia yang tidak patut ada dalam Institusi Perguruan. tapi, itulah lumrah kehidupan. Manusia seperti ini ada di mana-mana. Mungkin syurga sahaja kita tak menemuinya.

Semoga dengan keluhan ini, aku tidak menjadi seperti itu. Semoga aku terus kekal dengan diriku sekarang.

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...