Cari Blog Ini

Ahad, 25 November 2012

Lu LanGSi Lu Mati- aPa Nak JaDi ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



~adakalanya kita menyangka kita telah beriman, tetapi pda hakikatnya kita telah lari jauh dari landasan agama Allah.. Kerana, iblis telah berjanji untuk menyesatkan kita sejak dari moyang manusia lagi, yakni Nabi Adam a.s untuk membawa umat manusia ke dalam api neraka. Lantas itu, sentiasa bermohon agar hati kita tidak terpesong sedikit pun dari agama Allah yang benar. Andai sudah tersesat jalan, kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar-benar pengembalian. Jangan diulangi kesilapan lalu jika anda berniat untuk bertaubat. Sedangkan manusia yang dekat dengan Allah adalah orang yang sentiasa memperbaiki hubungannya dengan Allah dan juga sentiasa meletakkan Rasulullah sebagai idola agung.

~Salam kepada dunia, permulaan dalam kehidupan kita kadang-kala tidak sebaiknya tetapi kalau diusahakan untuk yang terbaik, maka penyudah bagi kehidupan kita adalah baik juga, Ikhlaskan hati jika berniat untuk melakukan kebaikan. Jangan mudah berpaling dari kebenaran dan berkatalah benar walaupun kebenaran itu menyakitkan. tidak beerti, kita perlu menyakitkan hati sesama manusia semata-mata hendak mengatakan kebenaran. Biarlah berhemah dalam menegur bukannya bertindak sesuka hati tanpa meletakkan faedah dari nasihat yang kita berikan.


"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"

(Hadis Riwayat al-Bukhari)



~Ada manusia, menyangka dirinyalah yang terbaik dalam segala hal-hal dengan Allah. Sehingga meletakkan, "Allah melihat apa yang aku kerjakan". Sedangkan yang dikerjakan sebaliknya tidak menepati kehendak Allah. Jangan terlalu taksub dengan kebaikan diri, sebaliknya letakkan diri sebagai hamba Allah yang sentiasa tidak menepati janji, tetapi berusaha untuk memantapkan janji-janji kepada Allah. jangan terlalu mudah menyatakan kebaikan diri, jika kebaikan itu hanya sekelumit. Kadang-kadang, pandang diri dulu ke cermin, mengapa orang sering mengata itu ini berkenaan dengan diri.. Mungkin jua Allah menegur sikap kita yang terlalu suka untuk menyatakan diri terlalu baik.
Mulut boleh membinasakan kita.


~Dan sebaiknya, hindarkan mengungkit kesalahan orang lain atau kesilapan orang lain. Khilaf itu berlaku di mana jua. Aku sendiri sentiasa khilaf dalam ukhuwwah bersama sahabat-sahabat lain. Dan aku akui, aku terlalu lemah dalam ukhuwwah kepada Allah. Allahu allah.. Khilaf itu adalah sifat manusia biasa. maka terimalah kesalahan orang lain, dan maafkanlah jika ada kesalahan. Biarkan Allah menilai, bukannya kita yang memberi penilaian. Penilaian manusia hanya berdasarkan moral yang dapat dilihat dengan mata, didengar dengan telinga. Tetapi penilaian moral dari Allah, diperinci dengan lebih teliti kerana di nilai malah dicatit sehingga pekara yang sekecil debu sekali manapun oleh malaikat yang setia, iaitu Atid dan Ratib. Nah.. masakan kita pula hendak menilai.. Bak kata abang Feriz Omar, "Kita tunggu di Padang Mahsyar"

~Mudahnya kita bila meletakkan keimanan kita untuk disiarkan di dalam laman Facebook. Ya,adakalanya kita tidak sedar, kita sengaja meletakkan diri kita untuk disimpatikan. Kadang-kadang kita postkan post berbunyi begini, " Aku dengan sukanya menerima kutukan orang yang merasakan dirinya lebih baik..bla..bla..bla." sedangkan, kalau difikirkan, adakah benar kutukan tersebut? Adakah ianya selari dengan tindakan sebenar kita? Cuba renungkan.. kita tidak sempurna. Apa yang kita nampak, tak semestinya indah.. Kadang-kadang, manusia jelek dengan kebaikan kita dan mengkategorikan sebagai "mengada-ngada". Hakikatnya, Rasulullah pernah bersabda, "Jika kamu bersedekat dengan tangan kanan, pastikan tangan kiri kamu tidak mengetahuinya". Maksudnya, jika kita berbuat kebaikkan, elakan dari pengetahuan orang walaupun dalam apa jua bentuk atau post dalam akaun SOSIAL sekali manapun. Tak penting, tiada kredit dari Allah jua untuk kita. Apa yang ada, cuma sedikit cemuhan orang yang rasakan awak ni gedik/ menyampah jak.. 


~Elakkan konterversi kerana dari konterversi boleh menjemput fitnah yang berpanjangan. Jadi , elakan meletakan diri anda difitnah kerana fitnah boleh menyebabkan diri rasa tertindas. Walhal, pekara itu, sendiri yang cari pasal. Bak kata filem, "lu langsi, lu mati".

~Sedikit tazkirah bagi yang mengkehendaki ilmu, bagi yang tidak suka, silalah ambil perhatian di sini, "blog in percuma sahaja, tidak perlu bayar, cuma ambil iktibar"

~Blog ini lebih bersifat peribadi, hanya berkaitan dengan luahan hati aku sebagai seorang GURU, sebagai seorang ANAK, sebagai seorang SUAMI, sebagai ABIE (Bapa), dan yang paling penting HAMBA ALLAH yang menumpang di dunia yang fana ini....

Sabtu, 24 November 2012

LaNgKaWi: SerIbU sAtU maCam KeNanGan

Assalamualaikum dan salam sejahtera;

Kali ini enteri ini hanya berkisarkan sekitar perjalanan aku ke Pulau Lagenda Langkawi besama sahabat-sahabat sePITOS yang dirahmati Allah..

     
  

 

  











Khamis, 22 November 2012

Laungan TakBir BerGeMa di BuMI GaZa

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ini adalah berita terkini yang diperolehi dari
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GencatansenjatadiGazabermula/Article/. Semoga Allah membantu saudara-saudara kita di sana.


GAZA CITY: Gencatan senjata dikuat kuasakan di Gaza hari ini, iaitu selepas seminggu keganasan berlaku di sempadan Palestin-Israel yang sudah mengorbankan 160 orang. 

Jalan raya di Bandaraya Gaza gelap dan lengang beberapa minit sebaik gencatan senjata dikuat kuasakan tepat jam 12 malam tadi (waktu tempatan). 
Beberapa minit kemudian, orang ramai keluar beramai-ramai dari rumah mereka untuk meraikan 'kemenangan' hasil pelan gencatan senjata berkenaan. 


Penduduk turut meraikan gencatan senjata itu dengan melepaskan tembakan ke udara di sepanjang Semenanjung Gaza serta percikan bunga api di awan sehingga menerangi kawasan kediaman penduduk Yahudi di sebelah sempadan Gaza. 

“Kebenaran akhirnya menjelma. Allahu Akbar!," demikian bunyai sorak dan terikan penduduk. 

Menteri Luar Mesir, Mohammed Kamel Amr yang mencetuskan pelan gencatan senjata selepas mengadakan siri rundingan sejak seminggu lalu, mengumumkan gencatan senjata itu dipersetujui dalam satu sidang akhbar di Kaherah, semalam. 

Turut sama dalam sidang akhbar itu ialah Setiausaha Negara Amerika, Hillary Clinton. 
Mengikut persetujuan gencatan senjata itu, Israel mesti menghentikan sebarang serangan sama ada di udara, laut dan darat, termasuk pencerobohan dan sasaran individu. 

Ia juga menggesa pihak berkuasa Palestin menamatkan serangan roket serta serangan di sepanjang sempadan. 

Jika gencatan senjata ini gagal dipatuhi dalam tempoh 24 jam, Israel boleh memulakan prosedur membuka laluan di sempadan Gaza dan membenarkan pergerakan orang ramai dan barangan. - AFP 


Selasa, 20 November 2012

PaLesTiNe TuJuaN aku SeKarAng!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah s.w.t



~Deraian airmata mengalir di pipi seorang anak, ibu, bapa, saudara bila melihat insan yang tersayang gugur syahid di mamah peluru yang dimuntahkan dari Rifle Yahudi yang dilaknati Allah sepanjang zaman. Begitu murahnya nyawa seorang kanak-kanak di mata mereka yang terlalu fanatik dan gila!. Masakan dunia tidak memandang kepada kekejaman Israel ini??? Di mana dunia pada ketika ini??? Di mana si Barrack Obama yang 'cintakan kedamaian'? Ya di mana? Di saat ini, kedaulatan negara Palestine telah dibobrok oleh askar Yahudi laknatullah. Segenap isi rumah dibom dan dimusnahkan tanpa belas kasihan. Tangisan anak-anak kecil tidak memberikan kesan kepada hati askar Yahudi yang memang sudah keras bak batu. Dunia hanya memandang isu Palestine dengan pandangan yang tiada ertinya. Semua mendakap dada, mencebik bibir malah mengutuk serangan Hamas ke atas Israel. Umpamanya seperti melepas batuk ditepi tangga.

~Apalah salahnya si anak kecil ini, dibunuh tanpa belas kasihan.. Kita hanya mampu melepaskan deraian airmata sedih, namun mampukah kita bersabar seperti saudara-saudara kita di Palestine?? Mampukah kita menghadapi semua ini jika ianya berlaku pada kita?? Pada amsa itu, kita akan pantas menyalah insan lain di atas segala yang kita hadapi. Malah putus harap kepada Allha, namun tidak bagi mereka yang bergelar "PEJUANG ALLAH" di bumi Palestine..

~Semua menjerit, "di mana keadilan sejagat yang dicanang oleh UN?" Apakah UN sudah kehilangan "kuasanya" oleh tangan-tangan ghaib di dalam dunia kongolomerat? Di mana dia keadilan yang sering menjadi slogan kepada Amerika untuk menyerang dunia-dunia Islam seperti Afghanistan dan Iraq? Di mana dia?? Adakah semuanya mesti auta kerana yang diserang adalah Palestine? Ya Allah..kenapa nyawa si kecil itu yang diragut? Si kecil yang tidak berdosa... Mengapa kezaliman ini tidak dihentikan? Mengapa terus nyawa saudara-saudaraku terus diragut tanpa belas kasihan?

~Saban hari saudara-saudara seIslam kita merintih kepada Allah, supaya diperkuatkan keimanan dan diperkuatkan hati untuk terus berjuang di jalan Allah.. Berjuang dengan mengharapkan syahid. Lantaran janji Allah syahid itu adalah SYURGA. Saban hari ibu seorang pejuang berasa bangga dengan kesyahidan anaknya. Bukan meratap kematian anaknya, sebaliknya senyum kerana yakin kepada janji-janji Allah untuk anaknya.

~Adakah ini yang dikatakan keadilan dalam konteks pandangan DEMOKRASI ciptaan manusia? Tiada adilnya manusia kecuali Allah jua!! Saudaraku sekalin,  mengapa tidak kita bangkit dari kerusi dunia yang kita duduki ini.. bangkitlah dari kelalaian  yang sedang kita lakukan pada masa ini.. Bangkitlah dengan memberikan DOA kepada saudara-saudara kita di Bumi Palestine. Bantulah mereka dengan DOA kita. Janji Allah pasti bagi mereka yang mempercayainya.. ayuh umat Muhammad..bangkitlah dalam kelalaian kita. bantulah mereka di sana demi satu keazaman.. mencintai Allah dan RasulNya!!!

~Mari beri bantuan kepada mereka melalui Aman Palestin dengan menyumbang sedikit untuk bantuan kepada anak-anak Islam di sana, taip PALESTIN [jarak]10 (1,3,5,10) dan hantar ke 39111 ~~http://www.amanpalestin.net/~~

PengHuJunG JaLaN HiduP~~ SePi SeOranG PeRinDu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dirahmati Allah taala..

~1433 Hijrah telah meninggalkan kita dengan penuh kisah yang telah menjadi sejarah dalam hidup kita. Namun, kita tidak menulis sejarah kehidupan kita sendiri dalam bentuk catatan yang boleh dilihat pada masa akan datang. Seperti yang telah dikatakan oleh Lepold van Ranke, "seperti sebenanrnya yang berlaku", pencatatan pensejarahan hidup bakal memberikan inspirasi kepada generasi kita untuk menghayati kehidupan pada zaman ini.

~Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ke tiga buatku dan isteri yang tercinta ~Puan Dayang Khalizah Binti Awang Batu, yang telah terjadi pada 2 Muharram 1430 H.. Alhamdulillah.. 3 tahun sudah melayari bahtera perkahwinan yang penuh dengan badai yang tidak bertepi. Jika mencintai manusia kerana nafsu, maka pulangannya hanyalah nafsu. namun jika kita mencintai kerana Allah, dan HALAL disisiNya, maka kita telah mengikuti sunnah yang telah ditetapkan oleh Allah melalui lidah RasulNya yang mulia \.

~Hidayah sedang mengetuk pintu hati ini.. Allah sedang menegur aku dalam kasih sayangNya yang tidak bertepi. sayup-sayup kedengaran lagu "Sesekali diuji" oleh "Nice" di corong telinga.. Mencari arah dan jalan untuk mengerti erti teguran ini. Sayu dan pilu... Allah..

~Selama di USM, banyak pekara yang aku belajar dan lalui bersama sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Bagaimana hendak mencari persahabatan tanpa melalui satu ukhuwwah fillah yang dirahmati Allah. Semoga ukhuwwah yang terbentuk sepanjang keberadaan di USM ini, dapat membangkitkan lagi semangat kita untuk menaburkan bakti kepada anak bangsa di sekolah masing-masing.

~Kerja kursus diselangi dengan kerja pejabat yang tiada berkesudahan.. Menyebabkan aku "lesu" dan hilang  tumpuan kepada tujuan hidup aku sekarang. Diberikan ujian dari Allah, diberikan tidak tenang pada ketika ini memberikan aku satu situasi, di mana aku kehilangan tumpuan dalam segala pekerjaan. Lalu aku bangkit, menyucikan diri dan bermunajat kepada Allah, dengan harapan diberikan ketenangan yang abadi. Andainya ini adalah solat terakhirku..maka terimakanlah amalan ku pada tahun ini...

~Dengan niat yang semakin kuat, untuk melaksanakan tanggungjawab kepada Allah, keluarga dan masyarakat muslim di sekeliling, menjadikan bebanan di dada semakin terasa. Ingin sekali aku buang jauh-jauh rasa tidak sanggup ini, namun aku terus memikul amanah Allah dengan rasa bertanggungjawab. Malu terasa jika aku ditanya di Yaumul Mahsyar, "kenapa tidak sanggup menanggung bebanan itu, sedangkan Bilal Bin Rabbah r.a boleh menanggung siksaan berupa batu besar menghempap di dada pada ketika panas terik di tengah-tengah padang pasir?" Allahu Allah.. Begitu beratnya "rasa" itu ketika ianya melintas di benak fikiran.


~Aku tidak sama sekali berundur untuk melakukan kebaikan. Dan andainya begitulah ujian yang bakal aku lalui, aku cuma mengharapkan Allah sahajalah.. seperti firmanya, "jika sudah bertekad, maka bertawakallah kepada Allah". Aku akan harungi semuanya walaupun ku tahu sukarnya jalan yang aku pilih ini. Mujahadah itu amatlah pahit, kerana syurga itu manis. Dan yakinlah, disebalik semua cubaan, tersimpan satu hikmah yang Allah sembunyi untuk mereka yang berjuang untuk agama.... Indahnya madah ini jika kita menghayatinya.

~Nukilanku ini hanyalah satu ungkapan rasa yang tidak mampu ku tanggung bersendirian. Namun, aku cuma ada Allah dalam hiduoku sebagai tempatku bergantung..Moga dengan kebergantungan ini akan menguatkan lagi jihad ku dijalan Allah.

~~Selamat berPITOS kepada rakan-rakan PITO sekalian. Semoga Allah merahmati ukhuwwah yang terbina ini.... Dengan izinNya juga..

Ahad, 11 November 2012

OTIS = PITOS ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dirahmati Allah sekalian,

~Tangan ligat mengetik huruf di atas papan kekunci. Mencari diri dalam ketetapan illahi. Allahu Allah.. Sukarnya hnedak mencari ketenangan dalam keresahan. Keresahan hati dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah.. Keresahan yang bagaikan batu menghempap di dada. Apakah kepastian bagi aku?

~Assignment penuh dengan kajian penyelidikan. Ayo.. bagaimana nak buat assignment? Nak buatnya dalam masa 2 minggu begitu tak relevan. Dengan kekangan tidak boleh meminjam buku di perpustakaan, asrama yang jauh dari perpusatakaan. Bagaimana hendak menyiapkan semuanya? Hmm.. Kuatkan hati dan kentalkan iman. Kuatkan minda, sihatkan fizikal. Allahu Allah.. Dengan dorongan dari rakan-rakan se'Borneo' yang lain yang penuh kerjasama dan penuh komitmen dan juga rakan-rakan PITOS lain, maka dapatlah jua ditempuhi PITOS ni. Bukan senang nak membahagikan masa, tapi, rakan-rakan Borneo memang hebat dari segi pembahagian masa dan tugasan. Disaat orang sibuk dengan assigment, group ini mampu bergerak dari USM ke Bukit Jambul, Chowtarasa, ke Queensmall dan sekitar Pulau Pinang dan dalam masa yang sama boleh menyiapkan presentation dan kerja dalam masa yang singkat tapi mantap. Gila siot..!!

~Apa juga hendak dibingungkan sedangkan segalanya sudah ternyata terbaik sudah dalam hidup ini. Subhanallah.. dan jangan sesekali dengan sewenangnya memakan sesuatu yang tidak halal bagi kita. Ponteng atau mengular dalam bekerja. Sedangkan Allah meletakan sikap orang ini seperti orang munafik, kategorinya, "apabila berjanji dia tidak menunaikannya". Tapi sememangnya, bila kita makan duit yang tak halal, maka seluruh hidup kita akan menjadi tak tentu hala. Kadang-kadang, kita merasakan ktia benar, tapi hakikatnya, kita sedang berdusta kepada diri sendiri. Membahagi masa adalah lebih penting, buat yang betul, tinggalkan yang salah. Buat yang terbaik dalam hidup, jangan sekadar makan gaji buta.

~Ketandusan idea.. ketandusan idea.. ketandusan idea. Sekarang berada di Parit Penyengat.. Bercuti sehari dua. Esok akan kembali ke USM. TEringat gambar ini, banyak kerja lagi yang belum siap.. Kalaulah ktia hidup zaman Jepun, mesti sudah dikerah juga kita untuk membina landasan keretapi maut ini.

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...