Cari Blog Ini

Isnin, 21 April 2014

Malas....April 2014

بسم ألله ارحمن ارحيم 

~Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah s.w.t. Tuhan Sekalian alam. Tuhan yang tiada duanya. Tuhan yang berdiri dengan sendirinya. Tidak memperanak dan diperanakan.

~Selawat dan salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Yang dirindui, yang dikasihi senantiasa. Kepada ahli keluarga baginda, dan seluruh para muslimin. Semoga Allah memberkati segala-galanya di dalam semua kehidupan kita. Insya Allah.

~April sudah menjelma. Semangat kian luntur. Apatah lagi dengan keadaan yang tidak begitu menyenangkan. Dugaan datang melanda, kiri dan kanan. Depan dan belakang. Bermula dari sekolah, hinggalah ke universiti. Semacam ada yang tidak kena sahaja. Bila diperhatiankan, setiap satunya pasti membuahkan hikmah. Namun, dalam mengharungi setiap dugaan ini, amatlah sukar bagi aku untuk menguntum bunga ketabahan. Kerana hatiku tidaklah seanjal itu untuk menerima segala dugaan.

~Barulah aku faham, mengapa sukarnya untuk menjadi tunjang kepada "pokok" besar di atas. Menjadi guru ini bukanlah tugas yang senang. Kalau semua sekolah melaksanakan dasar sekolah amanah, barulah cikgu-cikgu di luar sana mengerti bahawa tugas guru ini bukan senang.

~Semangat nak berblog pun dah luntur. Bermacam-macam pengalaman sudah dilalui dalam 4 bulan pertama dalam tahun 2014. Namun, belum juga ada sekelumit masa dan isu yang dapat aku kongsikan bersama semua. Masalah dengan sifat "malas" inilah yang membuat semua kerja jadi tak tentu.

~Berat saja tangan ini nak mengetuk keyboard ni..malas.. oo malas.. oo malas..


Rabu, 5 Mac 2014

Isnin, 17 Februari 2014

Febuari 2014 : Satu fenomena

بسم الله ارحمن ارحيم 

~ Salam kerinduan.. Macam-macam dah berlaku dalam selang beberapa bulan ini namun aku masih kekeringan idea untuk menulis di dalam blog ini. Aku ingatkan sudah boleh bebas untuk menulis namun berkarya sangat memerlukan ketenangan dan ketenangan itu bukan mudah untuk diperolehi daripada situasi berkerja pada ketika ini. Sangat sibuk dalam menguruskan persekolahan.

~Hujung bulan ini ada pertandingan silat untuk sekolah-sekolah di dalam daerah Kuching. Tahun ini, aku diberi kesempatan oleh Allah taala untuk membawa pasukan sekolah. Alhamdulillah, syukur kepada Allah sekali lagi kerana telah memberikan aku kesempatan untuk mengajar anak-anak ini mengenal Allah dalam pentas silat.

~Diselangi juga oleh laithan yang perlu dilakukan setiap petang. Petangnya ada latihan silat bersama dengan pasukan silat ini. Sampailah ke jam 4 petang setiap hari. Masakan tidak penat balik ke rumah. Belum habis lagi dengan latihan untuk pasukan olahraga sekolah. Pagi mula jam 7 sehingga jam 10 pagi. Sambung sebelah petang jam 4.00 petang. Nah, ambik kau.

~Aku tak menaruh 100% harapan dengan pasukan silat kerana aku masih beranggapan ini adalah tahun pertama aku membawa pasukan ini. So, harapan tidaklah terlalu tinggi. Sekadar menghadiri untuk memenuhi tuntutan ko-kurikulum sekolah. Harapan aku agar, murid ini dapat enjoy dan bukan sekadar mendapat peluh.

~Kekangan kerja sekarang semakin mendadak. Aku harap, aku dapat terus bertahan dalam situasi kerja yang sangat genting ini. Insya Allah.

~Semoga ketemu lagi.. 

Selasa, 21 Januari 2014

Kesempatan ini.. Dan andainya cinta kian bersemi..

أسلام عليكم 

~Penggal persekolahan baru memulakan tirainya. Masuk minggu ke 3 sudah kita yang bergelar guru ini memberi sumbangan kita dalam mendidik anak bangsa. Dalam masa tiga minggu ini juga, banyak kerja yang menderu-deru masuk dan mulai bertimbun di atas meja. Mesyuarat silih berganti, taklimat tidak kurangnya. Namun, sebagai langkah supaya kita tak tersekat dalam emosi yang sangat menganggu, letakkan setiap langkah itu tawakal dan ini adalah "gudang" (sekolah) mendapatkan rezeki. Maka perbanyakkanlah bersyukur daripada mengkritik.

~Guru yang sangat efektif adalah guru yang sangat mementingkan mutu ilmu dan sangat cekap dalam menangani segala permasalahan sama ada masalah kerja atau peribadi.

~Seorang guru yang baik, di antara ciri-cirinya adalah sentiasa bermurah hati dalam melaksanakan tugasan hariannya. Sebagai contohnya, guru lebih cenderung untuk menggunakan duit sendiri jika mendapati anak muridnya terdiri daripada kalangan keluarga yang sangat daif.

~Perasaan itu jarang kita rasakan kerana mereka ini (guru) sangat sensitif dengan keberadaan murid. Sebab itu, guru dipanggil sebagai ibu bapa kedua. Oleh itu, hargailah guru anda kerana setiap langkah hingga ke hari ini adalah kerana ilmu yang telah dikongsikan kepada kita bermula dari huruf "A" sehingga menjadi "seseorang" hari ini.

~Masuk minggu ke 4 persekolahan, masih lagi kerja-kerja rutin ini tak dapat hendak disesuaikan dalam tahun 2014. Macam-macam perkara menjadi rencah perjuangan dalam kehidupan seharian. Adakalanya, aku merasakan rutin ini tidak kena dengan jiwa. Jiwa pula semakin kekosongan. Menjadi hala tuju sebenar dalam erti kata sebenar. Bukan nya sekadar hendak menjadi guru pada "gaji" bulanan. Tapi menjadi seorang pendidik, murabbi, yang mengajar pelajar untuk mengenal Rabb. Aduhai jiwa..

~Ramai pula murid yang akan berpindah ke sekolah lain. Walaubagaimanapun, teruskanlah perjuangan di sekolah baru. Kuatkan hati, kuatkan iman. Semoga beroleh kejayaan walau berada di mana sekalipun. Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk semua.

~Terkenang dengan tahun 2013.. mungkin hati masih belum merelakan tapi hakikatnya masa sudahpun berputar.

~Inilah lumrah alam. Adakalanya hati memerlukan makanan yang sebenar. Makanannya adalah zikirullah. Dan zikir paling afdal adalah zikir mengenang kematian. Oh Allah.. sesungguhnya aku lemah dalam perjuangan kali ini. Bantulah aku dalam menghadapi "kemurungan" hati yang lesunya iman dipangkuan nafsu.

~Perjuangan masih belum selesai.. Selagi nafas di dalam helaan halkum, selagi itulah perjuangan aku belum selesai. Aku mengharapkan kudrat aku masih berada genggaman kesihatan yang baik.

Sabtu, 28 Disember 2013

Menjadi seorang yang dihormati

Assalamualaikum.  Salam sejahtera. Salam berbarakah bagi semua yang membaca blog ini.

Tatkala menusuri kehidupan yang tidak berkesudahan ini, adakalanya kita akan mudah terasa bahawa kita adalah yang terbaik. Namun pernah kita terfikir bahawa setiap satu langkah kita menuju jannah, pasti ada halangan yang tidak kita terduga punca dan arahnya. Dan adakalanya kita tewas kerana mudah hilang arah.

Oleh itu, persiapkanlah benteng pertahanan kita sebaik-baiknya kerana langkah demi langkah kita, adakalanya kita rebah sebab tiada persediaan untuk menghadapinya.

Kita mudah meletakkan harapan tapi mudah juga untuk memusnahkan harapan. Kadang-kadang, tanpa kita sedari yang terbaik itu sudah sedia ada terbaik untuk kita namun kita alpa dan mudah tidak bersyukur sehinggalah tiba hari kehilangan segala-galanys barulah mengerti bahawa itulah terbaik dalam hidup kita.

Kadang-kadang kita memandang remeh terhadap blog seperti ini. Namun hakikatnya secebis ilmu yang dikongsi, sejuta hikmah menanti.

Aku suka dengan ungkapan yang digunakan oleh sahabat aku yang menjadi founder First Strike Combat Academy (FSCA), he said. " leave your ego behind when you enter this door" . Kredit kepada En. Zarif di atas kata-kata bermakna seperti ini. Sebaik-baiknya bila menginginkan satu ilmu bela diri maka tinggalkan segala ilmu yang ada supaya kita tidak mudah berasa tinggi dan bangga diri. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa" biar ikut resmi padi, makun berisi makin menunduk".

Bagi yang bergelar ahli beladiri, mari kita berganding tangan untuk mengatasi masalah yang kita hadapi sekarang ini dan mendidik lebih ramai lagi modal insan yang bertanggungjawab supaya negara kita aman. Jangan sembunyikan kuku kerana saban hari ramai dari kalangan kita dibuli, dirompak,  dirogol dan sebagainya kerana kealpaan kita tidak menyebarkan ilmu kita. Jangan terlalu dangkal dengan ilmu kerana ilmu harus disebarkan bukan dibiarkan terperuk dalam kocek baju. Dan janganlah mengambil kesempatan di atas kesempitan.

Mencintai ilmu adalah sikap yang terpuji yang dianjurkan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. janga kedekut ilmu. Allah pasti membalas jika ada yang kurang ajar. Sebab hukum Allah itu jelas. Dan janji Allah itu pasti.

Jum belajar ilmu bela diri. Kerana dalamnya ada disiplin diri. Jika kita gagal mendidik diri jadi orang berdisiplin, beerti kita gagal mencontohi peribadi Rasulullah. Belajar bela diri dapat memupuk disiplin bukannya memupuk semangat bikinpusing. Jangan salahkan ilmu. Salah diri yang tak mampu berdisiplin dan patuh pada arahan.

Studio kami terletak di belakang e-Mart Matang. Bersebelahan dengan Bank Simpanan Nasional Matang. Kalau jumps Kopi O Corner Matang, jalan lurus sampai jumpa bangunan sebelahnya. Tingkat 2. Kami menawarkan BJJ... Silat Seni Gayong Malaysia, dan Boxing.

Sekarang peluang dah terbentang,  pilihan anda menentukan anda menang atau kecundang.

Berlabuhlah tirai 2013.. bermulalah pementasan drama 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

~Dunia ini kian kejam jika hendak dibuat perbandingan manusia di dalamnya. Bukan mudah untuk hidup dalam kekejaman yang kian menular dan menjadi barah dalam kehidupan sekarang. Kita hendaklah bersedia untuk menghadapi dunia yang kian mencabar ini.

~2013 kian menghampiri ke penghujungnya. Tirai makin ditutup. Tetapi pementasan hidup mestilah dirasai agar kita tidak sesat dalam perjalanan menuju ke syurga abadi.

~Banyak yang aku kecapi dalam dunia 2013. Antaranya yang paling manis sekali adalah perpindahan yang dinanti-nanti selama 6 tahun berkhidmat. Alhamdulillah. Syukur keranan Allah telah memberikan aku dan keluarga untuk menabur bakti di tempat sendiri.

~Pembukaan studio di Jalan Matang memberikan sedikit makna kepada pertubuhan yang aku terajui. Semoga dengan izinNya, ilmu gayong bakal tersebar sehingga ke seluruh pelusuk negeri Sarawak.

~Dan, tahun 2013 mencipta satu rekod terbaharu sejak 2001 kerana aku tak jejak kaki ke Semenanjung Malaysia untuk tahun 2013. Rekod yang terbaharu sejak 12 tahun yang lalu.

~Harapan aku agar tahun 2014 aku memperoleh semangat juang yang baru untuk menjadi seorang GURU yang berwawasan dan bermatlamat. Bukan sekadar merungut.


~dan harapan aku agar menjadi seorang suami, abie serta anak yang baik untuk ke semuanya. Insya Allah.

Ahad, 8 Disember 2013

SALAM DISEMBER 2013



بسم ألله الرحمن الرحيم 
أسلام أليكم 


~Salam Disember.. Salam Safar.. Sudah berakhirnya November tetapi masih juga jadual padat dengan aktiviti yang semakin rancak.

~Studio silat aku akan di buka di jalan Matang dalam masa terdekat. Aku berkongsi dengan seorang rakan untuk membuka gelanggang silat dan studio untuk Brazilian Jiu Jitsu. Maka bertambah padatlah aktiviti silat aku.

~Ditambahkan lagi dengan suasana rumah yang penuh dengan anak-anak buah yang berkumpul. Bertambah rancaklah rumah. Tapi, putera aku lah yang paling "hebat". Macam biasalah. Bukan sebab apa, dia yang paling kecil. Mana tak nya abang dan kakak-kakaknya beri muka.

~Di Seluruh Malaysia dilanda banjir. Pesanan kepada semua mangsa banjir, silalah jaga keselamatan dan kesihatan selama bankir ini berlaku. Elakkan anak-anak bermain air tanpa pengawasan untuk mengelak kemalangan jiwa.

~Dan demam eg-tukar dah berakhir. Penantian bertahun-tahun ini membuahkan hasil yang baik atau tidak, bukan urusan KPM, JPN, PPD.. tetapi itu adalah sebuah "takdir" yang Allah tentukan buat hamba-hambaNya. Dan ingatlah, Allah sama sekali tidak membebankan kita sesuai dengan kebolehan kita untuk menanggung bebanan itu.

~Jangan mudah mengutuk kerana kutukan itu akan menjadi bahana kepada kita di akhirat. Jangan mudah mendoakan kejahatan kepada orang, sebaliknya doakan kebaikan kepada orang lain kerana setiap doa adalah cerminan kepada kita. Dan ingatlah, ketika Rasulullah s.a.w dilemparkan najis, baginda hanya mendoakan kebaikan kepada orang yang melakukan kejahatan tersebut.

KEMATIAN ITU PASTI!! [2025] - AKU MENULIS LAGI PADA 2026

    أسلام عليكم Assalamualaikum dan salam sejahtera.. ~Secara tepatnya, kali terakhir aku berjaya mencoret di sini adalah pada 22 November 2...