Salamun alaik..
Salam dan selamat sejatera kepada semua yang mengikuti log aku. Sekarang ini, aku sibuk dengan persiapan untuk menghadapi UPSR. Semua ini telah mengurangkan masa untuk aku mencoretkan kata-kata di dalam blog ini. Subhanallah..pagi tadi aku sempat mandi-manda di hulu sungai Busang. Air yang nyaman dan tidak tercemar sedikit pun dengan pencemaran alam. Sempat aku ambil gambar sebagai kenang-kenangan aku di perantauan ini.
Ini gambar di hulu sungai Busang. Indah bukan? Subhanallah. Inilah yang dikatakan kebesaran Allah. Mana nak menikmati tempat sebegini kalau tidak mahu berkorban untuk mengajar di bumi terbiar ini. Disamping dapat elaun sukar, dapat jugak kita pengalaman yang tak dapat dibeli oleh elaun-elaun. So, jangan tolak penempatan yang pertama ni. Mungkin ada hikmahnya yang tersembunyi. Kerana Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Gambar ini diambil semasa nak pergi ke hulu Sungai Busang. Tak jauh dari sekolah. Makan masa dalam 15 minit dari sekolah ke tempat ini. Kalau aku bersama ustaz atau Cikgu Fadhilah, mesti selalu berkata `alangkah bagusnya tempat ini dikomersialkan untuk menjadi tempat perlancongan...”
Pengorbanan Ustaz muda dari semenanjung Malaysia bernama Ustaz Mohd. Fazli Bin Sarkon, yang berasal dari Johor, berkhidmat di sekolah Long Busang demi menyumbang ilmu kepada umat Islam dikampung ini. Bayangkan, ustaz baru sahaja melangsungkan pernikahan pada bulan 6 lepas dan terpaksa meninggalkan isteri di kampung semata-mata anak-anak Islam di kampung ini. Kami boleh kenapa anda semua tidak?
Wajah-wajah ini lah yang tidak pernah mengenal erti penat lelah mendidik anak bangsa. Bukan banggakan diri, tapi bayangkanlah, kami sanggup berhadapan dengan segala macam bentuk kesusahan dan kami tetap sabar walaupun tercalit kepayahan. Sebab aku yakin, ini adalah pelaburan yang terbaik untuk aku menuju akhirat yang lebih abadi. Gambar sebelah ketika aku dan rakan-rakan pergi kilang untuk membeli bahan makanan. Jarak perjalanan, 2 jam pergi balik.
Bentuk muka bumi Long Busang sepanjang perjalanan menuju ke kilang atau ke Putai. Bergunung-ganang dan berlereng bukit. Terdapat juga huma(ladang) di sepanjang perjalanan ini. Yang paling aku suka, bau hutan yang tidak terdapat di bandar yang besar. Satu kerugian kepada semua jika tidak dapat merasai pengalaman sedemikian rupa. Inilah pengalaman yang tidak mampu dibeli oleh semua. So, penempatan pertama nanti, janganlah terhegeh-hegeh menolak dan minta pindah secepat mungkin. Jangan menyusahkan kerajaan. Bagilah sumbangan yang terbaik dalam perkhidmatan kita. Jangan mengeluh, sebaliknya, bersyukur. Kerana Allah sayangkan kita.
Cebisan gambar yang diperolehi ketika menyusuri Hulu Sungai Balui. Tiada kesan pencemaran di sekitarnya. Kederasan air sungai agak menakutkan ketika aku, ustaz, cikgu saiful dan cikgu sim memudiki sungai balui menuju ke hulu tangit. Tapi, itulah bayaran kepada pengalaman. Tiada dapat dibeli dengan duit yang banyak. Kepada guru-guru baru nanti, janganlah mudah mengalah kepada cabaran alam sekitar yang sebenarnya adalah tunjang kepada kehidupan. Hadapai semua itu dengan kesabaran. Kalau anda seorang muslim, inilah masa anda merapatkan diri dengan alam sekitar.
Berkisar dengan isra’mikraj yang, yakni perjalanan Rasulullah s.a.w dari Masjidil Haram kepada Masjidil Aqsa, amanat yang paling agung yang Allah berikan kepada umat Islam yakni, solat 5 waktu. Sejarah solat itu sendiri ada berkaitan dengan solat yang dikerjakan oleh nabi-nabi sebelum Rasulullah. Sebagai contohnya, solat subuh dilaksanakan oleh nabi Adam a.s. Pada rakaat pertama, nabi Adam besyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam yang amat menakutkan baginda dan rakaat kedua adalah kerana baginda bersyukur kerana fajar telah menjelma.
Aku amat merindui ibuku..tapi ini adalah tugas yang mulia bagi aku. Berjauhan dengan keluarga. Pejuangan ini memerlukan aku untuk berjauhan dengan keluarga yang amat aku cintai. Lebih-lebih lagi ibu aku sakit. Harapan aku, Allah menjaga kedua-duanya bagi pihak aku.
Ini adalah sedutan sedikit daripada bahasa kenyah yang aku pelajari selama 7 bulan ini:
OMAN à MAKAN NTA à TIDAK YU à APA TELU à TIGA
PISU à CAKAP SOKAT à BOLEH JA à ITU NYAGUN-->TUMBUK
OBAK à MAHU ULIK à BALIK CHA à SATU NESEP à MINUM
Banyak lagi yang aku belajar, tapi inilah keunikkan etnik di sarawak. Tatabahasa Penan pula, tidak banyak, malahan menjangkau 3 patah perkataan saja. Huhu..
Selamat bertemu kembal di lain titipan kalbu ini....jazakallah..