Cari Blog Ini

Khamis, 19 Januari 2012

Kehidupan pertama sebagai Guru Baru..

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers yang dihormati. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam kerana dengan limpah karuniaNya, aku berjaya meniti hari ini dengan jayanya. Walaupun sibuk tapi, aku sentiasa bermohon agar aku diberikan kesabaran untuk menempuhi hari-hari mendatang.

~Hari ini ada taklimat guru baru di Pusat Kegiatan Guru Baram (PKG Baram). Sebagai Ketua Unit, aku dikehendaki memantau perjalanan program kerana Pen.Penyelia sibuk dengan kedatangan guru-guru baru yang lain. Bila terlihat pada guru-guru baru ni, teringatlah zaman aku dipostingkan di Belaga dahulu. Namun, situasinya berbeza dan tidak sama dengan situasi guru-guru baru ni. Terlalu berbeza. Kedatangan dirai dan diberikan jamuan lagi dari pihak PPD Baram. Bagi aku, secara tidak langsungnya, bila terjadinya hal seperti ini, guru-guru baru mestilah bermotivasi kerana motivasi boleh menyelamatkan semangat kita sepanjang berada di pedalaman. Bukan senang hendak berpisah dengan keluarga. Bukan senang tidak mendengar khabar keluarga. Lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai ibu bapa yang tua. Tapi, yakinilah, Setiap satunya mempunyai hikmah yang mungkin lambat kita sedari.

~Kasihan apabila melihat adik-adik ini ditempatkan di sekolah yang agak mencabar. Macam Long Jekitan, Long Sait dan sebagainya. Namun adik-adik guru sekalian, itulah pengalaman yang mungkin tidak akan dapat dibayar dengan wang setelah kembali ke negeri masing-masing nanti. Ambillah peluang ini untuk menuntut pengalaman baru. Gunakan segala ilmu yang telah dipelajari di IPG dulu selama 5 tahun untuk berbakti kepada anak-anak di sana. Dan ingatlah, setiap satu langkah menuju ke sana adalah jihad fisabilillah.

~Mengenang sewaktu permulaan diposting... aku dapat di SK Long Busang, Belaga. Sekolah yang paling mencabar di daerah Belaga. Semua atas inisiatif sendiri untuk ke sekolah. Bukan di rai dan dijamu, dihambur dengan banjir yang baru berlaku. Terpaksalah mencuci rumah yang penuh dengan lumpur.. Bermalam pula di rumah Cikgu Rejerki. Masak pun Cikgu Rejerki yang menyediakan. Sedih bukan kepalang. Malam pertama adalah malam yang paling sukar. Hati resah tak terkira. Bagaikan sudah tidak bersemangat.

~Sesudah berlalu bulan demi bulan, tahun demi tahun, semuanya tidak dirasakan. Semuanya bagaikan berlaku bagaikan baru semalam. Hayatilah kehidupan bermujahadah ini wahai adik-adik sekalian. Pastinya, keindahan itu dibayar dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

~Buat guru-guru baru, tahun pertama.. janganlah meminta untuk dipindahkan. Ini kerana, kita masih belum masak dan berpengalaman, masih dikira sebagai guru baru. Lepas beberapa tahun, usahakanlah untuk meminta. Tapi, sesudah itu, serahkanlah kepada Allah untuk urusan pemilihan pindah atau tidak. Biarlah Allah menentukan sama ada kita masih diperlukan atau tidak di sana. Usahakan yang terbaik dan janganlah membuat onar. Pastikan anda mempunyai target tersendiri di sekolah. Dan ingatlah, man jadda wa jadda.. (siapa yang mahu, mesti berusaha!!)


p/s: Bukan mudah melaluinya, tapi usahakanlah untuk bersabar

Selasa, 17 Januari 2012

17 Januari 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Alhamdulillah, dapat lagi kita bersua. Mencoretkan kata-kata sebagai diari/catatan kehidupan aku sebagai seorang guru. Kalau berminat nak baca, bacalah. Tak berminat, sila keluar dan layarilah blog/website kegemaran anda sekalian. Jangan menambah kebencian kepada aku bila membaca coretan ini. Coretan ini hanya untuk mereka yang lain yang ingin membaca sahaja.

~17 Januari 2012. Aku di Kuching sekarang sampai esok (18 Januari 2012) sebab ada mesyuarat berkaitan Guru Interim Sekolah Menengah. Tak seronok seperti biasa, kerana ayahanda dan ibunda berada di Miri sekarang menjaga "Pendekar Khalid". Minggu ini, insya Allah, Jumaat, akan drive ke Kuching lagi untuk menghantar kedua-duanya. So, sekarang, rumah sunyi sahaja...

~Hmmm.. Masalah datang dan masalah pasti kembali. Begitulah silih berganti. Selagi kita hidup, pastinya kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Baik ujian berat, mahupun ringan. Mohon Allah dapat mengurniakan kesabaran setanding dengan ujian yang melanda. Insya Allah, pasti ada jalannya jika kita berusaha.

~Memikirkan bagaimana hendak menguruskan Silat Seni Gayong Malaysia setelah ditinggalkan hampir setahun disebabkan untuk mengurangkan konterversi. Pokok sudah goyah di sana. Bila-bila akan tumbang. Apatah lagi kita yang pucuk muda ini. PAsti akan terasa juga dengan kerebahan pokok utama. Tapi, masih lagi ada jalan untuk kita jika berusaha.

'~Laman web jarang di update. Sebab orang lebih suka menggunakan medium "Muka Buku" kerana boleh menjadi alasan untuk bermuka-muka dalam muka buku. Boleh juga dijadikan alasan bekerja. tapi, tak mengapa. Tak perlu susah-susahkan diri. Buat saja apa yang termampu. Insya Allah, pasti bermakna.

~Pernahkah kita mendengar orang mengaku diri alim ulama? Kalau ada yang mengaku diri alim-ulama, maka orang itu dalam kategori sesat dan angkuh. Kebanyakan alim-ulama bukan jawatan disandang secara bertulis mahupun diangkat oleh umara (pemerintah), tetapi gelaran alim-ulama diberi oleh manusia disekeliling sebagai tanda penghormatan kepada ulama tersebut kerana ilmunya tinggi. Kalau dah ada yang bagi gelaran itu, secara tidak langsungnya, itu penghormatan kepada anda walaupun niat asalnya untuk menyindir. Dalam sedar tak sedar, ada sekelumit di dalam hatinya mengaku ketokohan anda dalam cabangan agama Islam.

~Dalam benak fikiran aku sekarang adalah bagaimana aku hendak mendidik anakanda aku untuk menjadi seorang tokoh dalam bidang agama Islam. Aku ingin mendidik dia menjadi seorang ustaz dan juga menjadi seorang pembela agama dan bangsa. Salah satu cara yang aku pelajari dari seorang yang amat aku kagumi, adalah mengekalkan jatidiri dalam dirinya seperti menggunakan bahasa Melanau sebagai bahasa rasmi dalam keluarga aku. Sekurang-kurangnya, Khalid tahu bahawa asal usulnya adalah seorang Melanau yang di Melayukan. Dengan ini, maka kukuhlah pegangan jati dirinya.

~Kedua, aku bermohon kepada Allah agar Khalid boleh menghafaz al-Quran sejak dari umur 3 tahun lagi. Usahanya, dengan memujuknya seperti jika hendakkan sesuatu, hafaz surah ini. Setidak-tidaknya, Khalid boleh menghufaz al-Quran secara tidak langsung. kalau orang kata, hafal semata-mata nak dapatkan dunia, maka anda tersilap dalam berkata-kata. Ingat sabda Nabi s.a.w? "Anak-anak seumpama kain putih. terpualnglah kepada ibu dan bapanya mencoraknya. .." Maka, coraklah kehidupan anak dengan berlandaskan hukum agama agar boleh dipergunakan pada usia balighnya.

~Setidak-tidaknya, usahakan aku yang lain adalah menghantar Khalid ke sekolah Tahfiz supaya Khalid boleh menumpukan bacaan yang betul, dengan tajwid yang betul. Insya Allah.. itu cita-cita aku. Aku buat seperti untuk masa di akhirat kelak. Sekurang-kurangnya Khalid berilmu agama dan sentiasa mendoakan aku dan isteri di dalam kubur kelak. Insya Allah.

~Kita hanya merancang, dan sebaik-baik penentunya adalah Allah jua. Apa yang baik itu kita kongsikan. Yang jahat dijadikan sempadan dan dijadikan pedoman agar tidak kita ulangi kesilapan yang sama.

~Jangan sentiasa memandang orang lain dengan pandangan negatif. BEgitu jugalah pandangan orang pada kita kelak. Sentiasa berfikiran terbuka dalam segala hal. Sesungguhnya, aku hanya manusia biasa yang lemah lagi hina. Dan kita sama-sama dijadikan daripada 'air mani' jua. Dan kau bukannya anak yang dilahirkan di langit.. Sama jer... =)

~Akhir kalam.. semoga kita sentiasa tunduk ke bumi sebagai tanda kita HANYALAH INSAN YANG LEMAH..

Ahad, 15 Januari 2012

Awas, anda telah melebihi had itu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Khalid duduk bersendirian di atas sejadah itu.. Membaca wirid yang diajar datuknya, Panglima Samad Selendeng Merah. Dalam keresahan dan dibelenggu perasaan amarah yang tiada berpenghujungya. Makin tinggi ingatannya, semakin tinggi juga wirid dilafazkannya... Khalid bermonolog..

~Sukarnya menjaga perasaan itu. Bagaimana hendak bertahan jika terus diasak dengan permainan politik dalaman yang berterusan. Sukarnya menjaga hati ini. Had-had itu telah dibatasi. Maka anda telah terlibat dengan satu pekara yang ingin dihindari aku sekian lama. 

Peluh menitis di dahi. Tangan dah berair. Kaki dah sejuk. Telinga dah hangat. Sedangkan di sana, sudah terjadi peristiwa yang berkaitan dengan DISPLIN. 'Merebahkan pegawai atasan' dengan satu penumbuk padu. Patah hidungnya dikerjakan. Nah, rasakan 'sepukal emas' yang aku simpan untuk hari ini. Seminggu di hospital lantaran 'sepukal emas' aku dengan sedikit "penampol". Baru sedikit, dah kebiruan bagaikan nyawa dihujung badan. Begitulah akibatnya menginjak kesabaran aku. Bukan calang-calang pendekar diajak bertarung. Cucu Panglima Hitam juga dicabar. Akhirnya, rebah tetapi atas dasar cintakan Islam, diberinya juga penawar kepada si pencabar. Diminum dan akhirnya dihantar ke hospital. Genap seminggu, datanglah si pencabar memohon maaf dan diberikan penawar sekali lagi. tumbukan itu bukan tidak berisi, tapi penuh dengan Isim Budu. 

~Jauh disudut hatinya, hendak juga diberi penampar Rajawali kepada 'keldai' itu. Tapi, mengenang janjinya kepada ibu dan ayahnya, maka Khalid mematikan niatnya. Apa gunanya menjadi guru silat, tapi membuat onar dengan ilmu Allah..

Khalid menelusuri hidupnya sebelum menginjak zaman dewasa..

Digelar "Khalid Besi" kerana kakinya yang begitu keras sehingga boleh mematahkan tulang kering kaki musuhnya.  Masakan tidak, datuknya seorang pendekar pada zamannya. Datuknya digelar Panglima Hitam yang terkenal kerana keberaniannya mengempur kubu komunis berseorangan tanpa ditemani sesiapapun kecuali Allah jua. Keberaniannya secara tidak langusng diwarisi oleh Khalid. 

Keberanian Khalid bukan nya omongan kosong, tetapi 5 kali diberi penghargaan oleh pihak Polis. 5 kali Khalid menangkap perompak. Pernah juga Khalid bekerja sebagai pengawal kelab malam dan juga sebagai penarik kereta. Semuanya kerana merasakan terlalu kuat dan gagah. Khalid, segagah nama sahabat Rasulullah, meninggalkan zaman ‘kuat dan gagah’ kerena satu pekara.. takutkan azab kubur..
Tetapi, kesabaran Khalid dicabar oleh segelintir manusia yang tidak mengenalinya. Dilontarkan caci-maki, fitnah dan segala kepalsuan semata-mata ingin menyakitkan hatinya. Dilemparkan segala kata-kata kesat kerana cemburukan Khalid. Kalau berdepan, pijak semut pun tak mati. Dibelakang Khalid, bagaikan hendak runtuh gunung diseranahnya Khalid. Dijajanya pelbagai cerita yang boleh menjatuhkan maruah Khalid. Tetapi, Khalid masih bersabar.

Kesabaran Khalid tergugat juga seketika. Kadang-kala, hendak dilepaskan kemarahannya. Tetapi, dihalang oleh sesuatu yang lebih agung daripada melepaskan kemarahan tersebut. Sesuatu yang lebih agung berbanding dengan nafsu amarahnya.

          Suasana di dalam bilik agak hening.. Terdengar suara yang mengalunkan wirid yang memecahkan kebuntuan. Akhirnya Khalid pasrah. Bagaimana hendak mengajar manusia yang berperangai macam keldai, sedangkan keldai itu sebenarnya haiwan semata-mata. Dah keldai.. keldailah juga.. Akhirnya, Khalid tersenyum. Perasaan berkecamuk semakin reda. Dia bermonolog, “ Bagaimana pendekar hendak mengajar keldai? Sedangkan Allah jua sebaik-baik pengajar..”

Moral cerpen ini, bersabarlah kerana sabar adalah pahit untuk dilakukan, manis sebagai balasan.. Bukan balasan dunia, balasan akhirat jua..


*Cerita ini, tak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati..”


SUsaH nya mengajar keldai

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

~Keldai adalah sejenis binatang seakan-akan seekor kuda, tetapi mempunyai telinga yang panjang dan juga sejenis binatang yang degil. Siapa manusia dalam kategori ini? Manusia yang termasuk dalam kategori ini adalah seperti keldai dadah, dan juga manusia yang berperangai seperti keldai (kerana kedegilannya dan kebodohannya). Kenapa dipanggil keldai? Ini kerana, manusia keldai ini, seringkali menyangka, perilakunya adalah yang terbaik sedangkan dia hanyalah keldai yang bodoh lagi sombong. Dan juga, manusia yang seringkali menolak kebenaran itu juga, boleh dikategorikan dalam keldai.

~Susahnya mengajar seekor keldai. Apatah lagi keldai ini ada 2-3 ekor lagi. Keldai ini tak seperti kuda gagahnya. Tapi seringkali berlagak seperti kuda semberani (kuda yang berkilat dan pantas). Keldai ini berlagak pandai, tapi hakikatnya hanyalah seekor 'pion' kepada tuannya. Suara keldai pun begitu. Mendengus dan berbunyi bising.

~Semuanya berkaitan dengan mengajar seekor keldai. Seringkali berusaha menjadi kuda, sedangkan kudratnya begitu terhad. Bagaimana hendak belari laju, sedangkan kakinya pendek. Seringkali kita diperlihatkan tentang kejelikan seekor keldai di dalam filem-filem Barat. Susahnya mendidik seekor keldai.

~Keldai nak lawan kuda? Tergolek-golek monyet ketawa. Mana kan sama larian kuda dan keldai. Keldai nak lawan merdunya suara si ayam? Fikirkanlah, suara keldai begitu menjengkelkan.. Keldai oh keldai..A019

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". (surah luqman:19)

Bukan aku yang kata, ini FIRMAN ALLAH. .. kasihan dengan keldai-keldai ini

~seringkali keldai mendengus dan menghasilkan bunyi yang jelek sehingga merimaskan tuannya. Keldai oh keldai.. Biar macam mana sekalipun, keldai tetap makhluk Allah jua. Biarpun mendengus, tetap juga dipelihara kerana ada juga kebaikkan seekor keldai ini. Tapi, hakikatnya, seekor keldai cuma menurut arahan tuannya.. Itulah lumrah seekor keldai..

p/s: cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa pun sama ada yang hidup atau yang mati.. cuma menggambarkan seekor keldai dengan kedegilannya sahaja.

Rabu, 11 Januari 2012

Mari Berehat Sebentar dengan ini..

Assalamualaikum kepada semua yang dihormati;

Mari kita menghayati bait-bait lagu ini untuk pedoman kita dalam melayari kehidupan ini...



Akibat Cinta Dunia
Album : Tsunami pembawa Masej Dari Tuhan
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com



Cinta dunialah membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cinta dunialah yang membawa perpecahan,
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa

Akhirnya timbul perpecahan di kalangan manusia
Pergaduhan dan peperangan berlaku
Cinta dunia ibarat racun
Yang membunuh kasih dan sayang
Cinta dunia adalah musuh manusia

Tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
Sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan

Cinta dunialah membuatkan manusia
Cintakan diri yang membawa hidup nafsi-nafsi
Cinta dunialah yang membawa perpecahan,
sanak saudara kenalan dan kawan biasa
tapi manusia tidak sedar dan tidak faham
sungguh kejam cinta dunia itu
Ia mengharu birukan, kehidupan manusia
Ia merenggangkan persaudaraan
Cintakan dunia hilang kasih sayang sesama manusia
Cintakan dunia yang membunuh kasih sayang keluarga dan bangsa

Ingatlah.. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Mendengar

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers..

~Alhamdulilla, dalam kekangan kerja yang melambak, dapat juak aku mencoretkan sedikit kata-kata buat pedoman kita. Ambil yang baik untuk dijadikan tauladan dan ambilah yang buruk untuk dijadikan sempadan.

~Allah berfirman:  بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya. 
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran. 
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; - 
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan. 
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu; 
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya. 
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan, 
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan; 
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang. 
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain: 
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang; 
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum; 
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? 
[14]


~Allah memerintahkan kita untuk berfikir tentang kejadian kita dengan bersyukur kepadaNYa di atas limpah rahmatNya serta tidak melampaui batas. Beringat-ingatlah selalu. Esok tak selamanya milik kita. Entah esok atau lusa, kita dijemput pulang kepadaNya. Amalan sedekah menjadi sia-sia lantaran mulut yang berbicara berkaitan mengumpat dan mengadu domba.

~Apalah sangat dengan kedudukan jika ia tak menjaminkan aku ke syurga.

~Lantai dan dinding boleh berkata-kata. Aku hairan sikap manusia yang sebegini. Bercerita bagaikan kebenaran itu HAK MUTLAK baginya. Semua manusia silap belaka. Aku ni, cuma pendatang. Bagaikan melukut ditepi gantang. Suatu hari pasti kembali pulang. Bukannya lama, tapi sendawa. Pulangnya nanti, mana mungkin kembali.

~Apalah sangat dengan jawatan..bukannya Imam yang menalkin aku disaat pengembumian jasad aku yang hina ini disebut awalan panggilan JAWATAN, KEMAHUAN, dan sebagainya.. Takkan malaikat menyebut, Wahai Penyelia/Gurulatih/Dato'/Bilal/Doktor Falsafah Muhammad Khawar.. huhu.. takutnya dengan azab neraka..

~Belajar.. sampai mati pun kita diajar. Ke liang lahad lagi masih diajar. Sebab itu kita akan terus belajar. Yang beroleh pengalaman sewaktu belajar, maka amalkanlah... Yang tak beroleh apa-apa, sesungguhnya andalah manusia yang rugi.

~Cubalah kita kembali bersatu dalam keimanan yang kukuh. Ada yang beriman kepada Allah, tetapi tidak suka melihat kejayaan orang Islam lain. Dengki mendengki. Biarlanlah.. Bukan kita ini juga bermula dari "0" juga? Tak perlulah kita mendabik dada mengatakan kitalah yang paling PANDAI dan paling IKHLAS dalam bekerja. Ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk. Jangan resmi pokok semalu, selalu memandang langit, tetapi sebenarnya hanya menumpang menunggu mati..

~Manusia mulut jahat macam, macam longkang. Hati lagilah busuk macam bangkai. Cubalah kita menerima perkembangan orang lain tanpa perlu ada hasad dengki.. Barulah umat Muhammad boleh bersatu padu. Baru umat Islam boleh hidup rukun, aman damai, tanpa pergaduhan. Sekejap-kejap nak marah, sekejap-sekejap nak marah. Junjunglah al-Quran dan Sunnah. Sudah pastinya umat islam saling menyayangi..

~Renungilah, lalang tumbuh meliar pasti ditebas dengan mudah. Pokok dengan akar yang banyak, akan berkembang menjadi pokok yang mengeluar buah yang banyak serta sukar digugat dan ditumbang dengan izin Allah..

~p/s: aku merapu.. aku merapu.. aku merapu.. aku memohon kepada Allah, supaya umat Islam bersatu..

Ahad, 8 Januari 2012

Menolak jawatan?

Assalamualaimun dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dihormati.

~Alhamdulillah, syukurlah kehadrat Allah kerana telah dikurniakan nyawa sehingga hari ini.

~Masih bangun menonton MasterChef di Astro Beyond. Menonton dengan ayahanda tersayang di rumah sewakku di Marudi. Masih belum tidur kerana kekenyangan selepas makan meggi tadi. Keseronokan dalam bersama keluarga. Hargailah selagi masih ada.

~Minggu lepas, dengan segala hormatnya, aku telah menolak jawatan FasiLinus yang telah aku pegang selama 4 bulan lebih. Alhamdulillah, segala tunjuk ajar yang telah diberi sepanjang memberi khidmat di PPD Baram akan aku gunakan di Unit baru kelak. Terima kasih diucapkan kepada semua FasiLinus yang lain kerana memberi bimbingan dan nasihat yang berguna.

~Esok bermula kehidupan seorang guru biasa dalam episod kehidupan yang berlainan dari sebelum ini.Agak terkejut aku bila dipanggil ke bilik PPD Baram, Cikgu Borhan lepas. Dipendekkan cerita, aku telah ditawarkan untuk menggantikan kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Cikgu Muzamil kepada telah bertukar menjadi PK HEM di Kolej Dato' Haji Bujang, Miri. Aku ditawarkan untuk mengisi jawatan Ketua Unit Pengurusan Sekolah PPD Baram.

~Aku akan belajar dan bekerja dengan bersungguh-sungguh dan yang paling penting adalah, aku bukan bekerja untuk manusia, aku bekerja untuk Allah!! Allahuakbar!!!!!!!!!!!!!!



~

Sabtu, 7 Januari 2012

Tahun 2012 : PERMULAANNYA SEBUAH KEHIDUPAN BARU??

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

~Subhanallah.. Maha suci Allah yang telah mentadbir alam tanpa rasa jemu. DiberikaNya segala keinginan manusia tanpa mengira agama keranna itulah sifat keadilan yang Allah berikan kepada semua makhlukNya.

~2012 merupakan tahun keberkatan. Tahun yang membawa 1001 kebaikan andaninya kita semua menggunakan semua nikmat Allah dengan rasa bersyukur. Manusia mudah lupa bahawa syaitan itu adalah musuhnya. Sehingga membiarkan hati dibisikan rasa riya' dan takbur terhadap segala yang 'dipinjamkan' oleh Allah. Nyawa cuma pinjaman. Begitu juga suara, pendengaran dan ilmu.. semuanya cuma pinjaman belaka.. Sedarilah, semuanya tidak akan kekal melainkan Allah jua.

~Sambungan dari cerita yang lepas.. 2 Januari 2012, buat kenduri doa selamat sedikit meraikan kelahiran anak aku. Ramai yang datang, termasuk abang Hamzah, Ehsan, Pak Din, Amy dan Ngah Jedi dari Kuching. Memandu dari Kuching ke Miri dari petang 1 Januari 2012 semata-mata nak hantar, **********. Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses hantar kereta aku ke Miri.



~Anak dan kereta.. Semuanya nikmat.. Aku berdoa kepada Allah supaya dijauhi sedikit pun perasaan riak. Bahkan aku sentiasa mendoakan agar sahabat handai yang lain dikurniakan Allah. Amalkan doa Nabi Zakaria untuk mendapatkan zuriat. Buat solat hajat selalu merintih. Aku mencadangkan, biarlah memohon agar dikurniakan anak untuk meneman kehidupan dan mengukuhkan lagi cinta yang dibina.

~Balik ke PPD Baram.. Allah uji aku dengan jawatan.. Ya Allah.. Ujian berat yang telah Engkau berikan kepadaku. Jawatan diberikan membuatkan aku terpana. Bukan apa, masakan aku layak aku untuk memikul jawatan itu? Ya Allah, aku risau dihukum lantaran jawatan ini kerana tidak memikulnya dengan jujur dan amanah!!!

~Hmm.. Semoga aku diberikan kekuatan supaya tidak riya' dan takbur dengan semua yang Allah kurniakan kepada aku.. Doalah untuk aku sentiasa ikhlas dalam perjuangan. Aku tak mahu jawatan itu. Hanya ku mahu Allah dalam hidupku.

******** itu adalah -------t;

Jumaat, 6 Januari 2012

Sambungan II,

Assalamualaikum dana salam sejahtera diucapkan kepada semua bloggers..

~Sesungguhnya, setiap satu kejadian yang telah berlaku mengandungi 1001 hikmah. Sepanjang anakku berada di wad, aku tidur hanya dalam kereta. Tak tentu jadinya. Setiap hari risau dengan kesihatan anakku, Hampir seminggu di wad. Ulangtahun ke 2 perkahwinan aku, disambut dengan tangisan dalam wad. Alhamdulillah, indah nya menjadi seorang bapa. Aku bersyukur ya-Allah.

~Malam dihabiskan dengan mendengar alunan quran, siangnya dihabiskan dengan menemani anakku di hospital. Malamnya di dalam kereta, siangnya, di kamar wad. Aku macam sudah mengenali semua orang di wad. Yang penting, berani bertanya dan berani bertindak. Semuanya aku lakukan ketika itu bersendirian. Jadi mangsanya, kakak Atie dan abang Hamzah. Keduanya mempunyai masalah serupa dengan aku. Kak Atie ada 6 anak. 2 meninggal kerana jaundice. Abang Hamzah, anaknya, Hakim masuk wad sebab kuning mencecah 18. Sebab itu, aku sentiasa mengadu masalah dengan mereka dengan harapan diberi harapan dan semangat. Ibunda jarang aku called sebab risau dia akan jatuh sakit dengan semua ini. Yang aku selalu called, ayahanda. Peristiwa ini juga mengajar aku 'bersahabat' dengan ayahanda tercinta... Thanks Allah..

~Setelah keluar dari wad, barulah perasaan lega menjelma di hati. Subhanallah. Banyak petua kena dibuat. Masakan tidak, Khalid adalah anak sulung yang lelaki sedangkan 3-3 adik beradik yang di atas, yang sulungnya perempuan. Itu menyebabkan Khalid merupakan cucu pewaris mutlak keluarga ini. 2 hari setelah keluar dari Hospital, aku ke Kuching untuk temuduga NPQEL (National Professional Qualification Education Leader) di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak.(*Kalau tak silap aku, 22 Disember 2011). So, aku rasa konfiden sungguh menjawap soalan yang puan-puan itu tanyakan kepadaku. Dapat tak dapat, itu terserahlah kepada Allah untuk menentukan. Yang penting, aku buatkan yang terbaik untuk aku dan keluarga.

~23 Disember 2011, aku kembali ke Miri. Belum panas bontot dah kembali ke Miri. Atas alasan, rindu dengan anak. Huhu.. rindulah sangat-sangat dengan anak aku. Ayahanda dan Ibunda turut serta kembali ke Miri. Menambahkan lagi keceriaan dalam hidupku. Tetapi, sebelum ke Miri, terjadi satu pekara yang sentiasa berlaku kalau aku naik penerbangan. Terlupa sesuatu di rumah!! Kali ini, Kad Pengenalan aku tercicir!! Nasib baik, ada Cik Alik (panggilan untuk pakcik) dapat menghantar dalam masa yang terdekat. Ish2.. berkali2 aku istighfar tanda penyesalan dan tanda kelemahan aku sebagai manusia.

~Selepas itu, bermulalah babak sebagai seorang abie@ayah baru... Semuanya indah. Kali kedua ke Klinik Tudan, kuningnya turun sehingga 9.4.. Lepas itu, hari selasa minggu depannya, kuning Khalid turun sampai 4.9. Alhamdulillah. Semuanya selamat sudah. Sekarang, aku dan isteri perlu menumpukan agar kesihatannya terus bertambah baik dan juga, imannya dibentuk mulai sekarang.

~Insya Allah.. akan diceritakan yang berlaku pada awal tahun 2012... senyum menuju mardhotillah..

Khamis, 5 Januari 2012

Tahun 2012. atau 1433 Hijrah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua bloggers yang dihormati sekalian.

~Hari ini 5 Januari 2012 bersamaan 11 Safar 1433 Hijrah. Khamis yang mendamaikan kerana esoknya bakal tiba hari penghulu segala hari. Bermulalah lagi sebuah kehidupan yang telah dirancang kita sejak tahun 2011. Semuanya dirancang, tetapi yakinilah bahawa Allah menentukanNya. Semuanya atas kehendak Allah dan usaha kita. Semuanya di atas Qada dan Qadar Allah jua.

~Imbasan kembali kepada tahun 2011, banyak yang berlaku tanpa dirancang. Aku seperti manusia yang lain, yang punyai perancangan dalam hidup. Alhamdulillah, kebanyakkan perancangan yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Yang tidak menjadi, seringkali aku ucapkan "Alhamdulillah hi ala kulli hal.." Kerana, setiap yang tidak berlaku, pasti ada hikmahnya yang telah Allah tentukan dalam hidupuku.

~Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana telah diberikan segala-galaNya walaupun aku insan berdosa disisiNya. Namun, ku teruskan kehidupan demi tujuan utama kita dilahirkan di dunia iaitu menjadi KHALIFAH di BUMI ALLAH. Mungkin aku akan tersesat juga jika tidak mendapat pimpinan dari Allah yang menghantar nasihatNya melalui PENGALAMAN dan NASIHAT dari manusia lain yang berada dekat dengan aku seperti AYAH, IBU, SAUDARA, ISTERI dan SAHABAT HANDAI. Tak lupa juga, teguran berupa fizikal, mental dan rohani. Alhamdulillah, kerana dengan teguran seperti itu, aku menjadi aku. Aku menjadi Muhammad Khawar Hezazy Bin Uthman.

~Dimulai tahun 2011 dengan perpindahan ke SK Long Sepiling, Baram dari SK Long Busang, Belaga. Pengalaman yang berharga yang aku perolehi dari kedua-dua sekolah akan menjadikan aku sebagai GURU yang sentiasa menambah ilmu lantaran kekurangan dalam mendalami emosi murid. Perpindahan itu satu hikmah yang telah Allah kurniakan kepadaku. Dan Allah sama sekali tidak mensia-siakan kesabaran aku. Alhamdulillah. Sesungguhnya, berada di Long Busang, bukanlah menjadi bebanan tetapi sebenarnya sedikit sebanyak mengajar aku menjadi seorang hamba Allah yang merendah diri dan sentiasa bersabar di atas ujian yang mendatang. Ucapan terima kaish kepada Cikgu Fadhil, Ustaz Fazli, Cikgu Azlan, Cikgu Shaiful, Cikgu Rejerki, Cikgu Larry, Cikgu Madelina, Cikgu Tomat, Cikgu Simri, Cikgu Saiful, Cikgu Salo, Cikgu Seli, Cikgu Anton, dan GB. Terima kasih di atas tunjuk ajar anda sekalin. Ku bermohon kepada Allah, agar doa-doa kalian dimakbulkan dan sentiasa dirahmati Allah.

~Hikmah perpindahan itu, adalah bersama dengan isteri yang tersayang untuk berkhidmat di SK Long Sepiling Baram. Dari kategori pedalaman 3 ke pedalaman 1, makan masa yang agak lama menyesuaikan ekonomi rumah tangga. Rahmat Allah sekali lagi, duduk dalam kuarters yang sama beerti belanja dapur satu sahaja. Sekali lagi rahmat dari Allah bersama dugaanNya. Sudah berkahwin, beerti ingin menimang anak. Allah uji kami sekali lagi. Belum mendapat zuriat lebih kurang dalam setahun bernikah. 4 bulan pertama, aku berdoa dan terus berdoa. Tidak dilupa doa nabi Ibrahim, " Rabbi latazarni fardaw waanta khairul warisin.." Setiap kali bersolat, aku memilih untuk bersujud dengan lebih panjang supaya mempunyai masa yang lebih lama untuk mendekati Allah dengan hajatku. Aku bermohon agar dikurniakan anak lelaki supaya dapat menemani aku ke masjid. Menjadi imam kepada ummienya. Subhanallah.. awal April, isteriku didapati sah mengandung. Lantas ku menyembah bumi, sujud syukur di atas berita gembira yang telah dikhabarkan Allah. Terima kasih Allah di atas kurniaan rezeki yang tidak terhingga.

~Namun ada masalah yang timbul pada tahun lepas. Apabila bekas anak murid silat pula melalak menghina dan menjatuhkan maruah aku di sebuah laman sosial. Hikmanya, aku mengetahui isi hati manusia yang sentiasa berniat khianat ke atas aku. Syukurlah.. Sebelum terlambat, aku sudah mengetahui sapa benar, siapa yang salah.

~Hampir 7 bulan berkhidmat di SK Long Sepiling, aku mendapat tawaran dari Cikgu Aziz untuk jawatan FasiLinus di PPD Baram. Aku terima tawaran setelah aku bersolat isthikarah memohon pertunjuk dari Allah. Terima kasih Cikgu Aziz di atas pelawaan tersebut. Aku bertanya kepada Allah, dan Allah menjawap melalui ibu dan ayahku, dan juga isteriku. Semuanya bersetuju asalkan aku sanggup menanggung bebanan kerja di pejabat. Aku bertanya kepada abangku, dia juga bersetuju. Kakak ku pun turut bersetuju, kecuali kakak sulungku yang tidak bersetuju kerana cuti pasti tidak sama dan masa dengan keluarga juga akan mendapat kekangan. Aku kuatkan hatiku, dan akhirnya tepat 3 hari dalam bulan ramadhan, aku mengucapkan selamat tinggal kepada warga SK Long Sepiling kerana mendapat arahan bertukar ke PPD Baram. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada warga SK Long Sepiling terutamanya GB, Cikgu Sandom Aji, Cikgu Wilso, Cikgu Hamdan, Cikgu Yusuf, Cikgu Peter, Cikgu Ahmar, Cikgu Jenni,dan juga kepada Cikgu Dayang Khalizah (isteriku) di atas kesudian menerima aku sebahagian daripada keluarga SK Long Sepiling. Banyak pekara yang aku pelajari semasa menjadi guru di sekolah ini. Aku berbangga kerana pernah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah SK Long Sepiling.

~Bermulalah kehidupan sebagai seorang pegawai di PPD Baram. Aku bersyukur, kerana Allah telah menguruskan kehidupan aku dengan sebaiknya. Kerana Dialah sebaik-baik Pengurus. Aku sentiasa meletakkan tawakal setelah berusaha dan sentiasa bermohon agar dosa-dosa manusia yang mengumpat aku diampunkan dosanya, diberikan pahala, diberikan sinar hidayah. Sepanjang di PPD Baram, Cikgu Aziz banyak membantu aku dalam hal-hal pejabat. Tak dilupa, Cikgu Zumadin, Cikgu Emilia, Cikgu Aina, Cikgu Emilia, Cikgu Hajijah, (Pengurusan Akademik), Cikgu Haji Wan Mohamad (Unit Pembangunan) Cikgu Azid (Timbalan PPD Baram) dan Cikgu Borhan (PPPD Baram). Terima kasih di atas tunjuk ajar kalian. Semoga Allah mengurniakan kalian keberkatan dalam mencari rezeki, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dikurniakan hati yang sentiasa condong kepada Allah jua.. Semoga diberkati kehidupan di dunia dan akhirat.

~Tepat 11.35 pagi , 15 Disember 2012, maka satu lagi nikmat Allah telah dikurniakan kepada aku... MUHAMMAD KHALID HAFIZI @MUHAMMAD KHALID SAIFULLAH AL-MASLUL BIN MUHAMMAD KHAWAR HEZAZY. Anak pertama aku dan isteri yang telah menunggu 1 tahun 11 Bulan 26 hari ( 4 hari lagi sebelum anniversary aku dan isteri). Dengan limpah kurniaNya, kami dianugerahkan seorang putera yang bakal menjadi mujahid Allah. Insya Allah.

~Tapi, Allah hadirkan dugaan kepada aku dan isteri.. Mula-mula kelahiran Khalid adalah melalui pembedahan. Kemudiannya, setelah 3 hari di wad, Khalid masuk wad kanak-kanak sebab disyaki Jaundice. Tinggi juga SB Khalid masa tu. Faktor utama sebenarnya, susu ummi masih belum keluar. Anak jadi kurang menyusu. Bila kurang menyusu badan tidak dapat memproses kelangsungan hidup.. Maka, terjadilah penyakit kuning. Dugaan datang melanda, tapi hikmanya terlalu besar hendak dibandingkan dengan dugaan yang melanda. 1. Aku mengenal erti kasih sayang seorang ABIE @ AYAH.. rupa2nya, itula perasaan yang dialami oleh AYAH semasa kelahiran aku di dunia ini. Begitu tabah dalam mengharungi kehidupan dengan harapan anak sihat sepenuhnya.
2. Kasih sayang seorang UMMIE @ Ibu.. Begitulah kasih sayang seorang ibu. Walaupun selepas menjalani pembedahan, dia tetap gagah dalam memberikan kasih sayang kepada anaknya. Thanks my dear love.
3. Kasih sayang seorang suami kepada isteri. Sukar nak dinyatakan dalam ini bagaimana rasanya. Sampai tidur, makan dan mandi pun terasa keresahan yang sukar hendak dinyatakan.
4. Bertindak diluar batasan. Kesabaran aku ada limitnya. Hampir sahaja Doktor Pelatih menangis kerana aku telalu emosi.
5. Sabar di jalan Allah.. jangan hanya duduk tanpa usaha. Jangan hanya berusaha tanpa DOA!!
6. Semuanya adalah kerana Allah jua...

Sambung... azan zuhur dah berkumandang..

UJIAN ALLAH ITU PASTI (2)

  Assalamualaikum dan salam Sejahtera; ~Kadang-kadang kita ini merasakan masalah orang, Adalah masalah mereka. Dan paling-paling pun, bolehl...